Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Jun 2012

Siapa yang tak undi PAS arab jahilliah - TGNA.


Biar betul utusan neh. Mereka dok pongpang2 pasal perpaduan dengan pas tapi dalam beberapa minggu neh depa dok serang tgna bertubi2. Serangan kalau dengan fakta kita tak kesah tapi masalahnya fakta ke apa yang dorang tulis kat atas neh? Ada beberapa keterangan ayat yang aku sangat2 sangsi ia diucapkan oleh tgna sendiri. Siyes.

Antara nya ;

1. Noor deris cakap pas pernah kafirkan umno.

Setahu aku larh dalam isu neh yang kafirkan umno tue memang ada. Memang ada dalam pas. Tapi itu dulu2. Cara dia yang ekstrem tue ramai orang2 dalam pas tak boleh terima. Lepas tue dia telah keluar pas dan masuk umno. Dan ketika dalam umno sekarang neh kerja dia kafirkan pas jek. Individu tersebut bernama nor deris. 

Dia larh individu yang dok canang2 pas kafirkan umno tapi dia seolah2 terlupa bukan kah dia individu yang kafirkan umno ketika dia dalam pas dulu? Oleh kerana dia dah keluar dari pas sepatutnya dia cakap lah aku dulu dalam pas sibuk dok kafirkan umno. Kenapa dia dok jaja dan heret nama pas atas perlakuan peribadi? Tak semestinya setiap tindakan dan perlakuan dia ketika berada dalam pas mewakili pas.

Heran aku dengan nor deris. Aku pernah terfikir, dia neh waras ke tak? Bukan aku nak sangka bukan2. Maaflah kepada ahli keluarga dia or sedara mara dia yang maybe terbaca blog neh. Cuma aku tertanya2, rasanya sikap orang yang waras bukan macam neh. Aku rasa dia dah hanyut dalam ketaksuban dia. Tue pasal jadi macam tue.

2. Ulama zainal abidin cakap persepsi pas itu islam dan islam itu pas harus diperbetulkan. 

Aku rasa yang lebih tepat adalah lebih baik jika dia betulkan persepsi dia dan persepsi umno yang beranggapan bahawa penyokong2 pas dan ahli2 pas menganggap bahawa pas = islam. Sebenarnya tiada sesiapa pun menganggap bahawa pas = islam dalam pas. Yang ingat kita orang anggap sedemikian ialah orang2 umno. So betulkan persepsi sendiri. 

3. Ulama Mohd Zin cakap TGNA cakap dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada UMNO.

Yang neh aku tatau. Tapi aku rasa mungkin kenyataan asal telah diputarbelit. Dah masak dah dengan perangai utusan. Lain orang cakap lain depa dok sebarkan. Bila umat islam berbalah, bila ulama bertelagah, dia tepuk tangan dalam bilik sorang2 sambil tengok tv. Yahooo aku berjaya pecahbelahkan umat islam. Ekekeke.. 

You mad penyokong2 umno? Sebab aku tak cakap cina tepuk tangan? Ko ingat utusan tak reti tepuk tangan meh?

kah kah kah

4. Tidak undi pas arab jahilliah. Noor deris dan Abdulah cakap tgna cakap perkara tersebut.

Aku juga tatau asal usul kejadian isu neh. So aku takmo ulas apa dan bagaimana. Cuma aku percaya ia satu lagi perangkap utusan yang memutarbelitkan kenyataan asal tgna sekaligus menyebabkan ramai orang islam sakit ahti dan bertelagah sesama mereka. 

Apa yang utusan buat bila umat islam bertelagah? Masuk bilik, buka tv dan tepuk tangan sambil tergelak2. Akhirnya dorang berjaya memecahbelahkan umat islam. Syabas kepada diri sendiri [utusan] di atas strategi2 mereka.

kah kah kah

Dan, dengan tersiarnya berita mengutuk dan menfitnah tgna dan pas secara berterusan, berkala itu bermaksud doktrin pilihanraya sudah bermula. Utusan dan umno akan terus menerus menyebarkan, menyiarkan dan menghebahkan berita2 tersebut bagi menanamkan satu persepsi ke atas pembaca2 mereka.

Itu semua dilakukan sehingga persepsi tersebut di anggap realiti oleh majoriti masyarakat malaysia khususnya orang islam sebelum mereka bubarkan parlimen. Ya, jika tidak macam mana mereka nak menang PRU - 13 kan?

KAH KAH KAH

Ameno : Kan aku dah cakap awal2 lagi, tukar je nama utusan malaysia tue kepada utusan umno.. paper tue bukan paper bawa berita bebas tapi berita berpihak..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...