Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Jun 2012

Harga terkini ron 95 terdedah.

Sapa yang tak faham citer asal boleh rujuk sini oke.

Sekarang kita lihat satu benda yang aku dapat kat bawah neh jap.


Kurang 0.08sen dari harga terkini ron 97. Semalam kerajaan telah turunkan harga ron 97 sebanyak seposen. Rujuk news kat sini.

Disebabkan harga ron 95 ialah rm2.72 sen tanpa subsidi maka kerajaan terpaksa menambahkan sebanyak 0.82sen sebagai subsidi untuk memastikan harga ron 95 kekal pada rm1.90 khusus untuk rakyat malaysia. Berbanding 97, ron 95 agak kurang berkualiti. Aku tak boleh bagi butiran lanjut perbezaan 97 dengan 95 sebab aku sendiri hanya guna 95 dan buat masa sekarang motor aku takde apa2 effect buruk sepanjang aku menggunakan ron 95.

Tapi lain orang, lain pendapat, lain pengalaman sebab cara kita menggunakan kenderaan dan tujuan nya berbeza2 so aku tak boleh larh bagi pendapat secara general kan, aku hanya bagi pendapat berdasarkan kepada pengalaman aku jek.

Cuma aku hairan banyak dengan tindakan kerajaan dalam isu ron 97 dan ron 95 neh. 

Jika ;

Harga ron 95 = rm2.72sen tanpa subsidi

Harga ron 97 = rm2.80sen tanpa subsidi

Kenapa tidak kerajaan subsidikan sahaja ron 97 yang lebih berkualiti untuk rakyat malaysia? Manakala untuk bukan warganegara, mereka harus lah membeli ron 97 dengan harga biasa tanpa subsidi. 

Itu kalau di ukur dari segi kualiti ek. Sekarang kita ukur pula dari segi harga. Kalau ikut dokumen kat atas neh, ia membuktikan satu perkara yang tak kurang penting iaitu ;

Subsidi kepada ron 95 semakin menurun.

Ya, semakin menurun.

Aku percaya peruntukkan untuk subsidi yang disediakan oleh kerajaan telah mengambilkira harga yang paling mahal bagi ron 95 boleh pergi untuk tahun 2012. Maksudnya dorang dah buat kira-kira dengan mengambilkira harga yang paling mahal untuk ron 95 ketika menyediakan peruntukan subsidi bagi bahan api untuk tahun 2012. Jika andaian aku salah maka maafkan lah aku oke. 

Tapi kalau betul, aku mohon kerajaan jangan war2 nilai subsidi yang tidak betul di media cetak. Berapa diperuntukkan itu satu isu, berapa dibelanjakan pula itu satu isu yang lain. Contohnya jika 13bil diperuntukkan untuk bahan bakar, tapi yang digunakan cuma 8bil so umumkan jek 8bil tue. 

Jangan dok canang2 seantero dunia subsidi 13bil lepas tue suruh orang bersyukur bagai. Itu satu tindakan yang sangat2 keji sebenarnya. Dan last, kalau harga ron 95 berubah ikut bulan, agak2nya bila kerajaan boleh dapat tahu harga terkini ron 95 dan ron 97 untuk setiap bulan yang mendatang ? Sapa tahu ?

Ameno : Kalau subsidikan ron 97 sebanyak 80sen maka harga ron 97 = 2.00 seliter.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...