Aku neh pantang betul larh bila nampak Ibrahim Ali meroyan. Asalnya aku malas nak melayan. Tetapi aku percaya ramai penyokong2 umno boleh terpengaruh dengan tipu daya neh sebab mereka tue kebanyakkannya tidak berfikir mendalam bila mendapat satu2 info. Susah.
Akal kita berbeza2. Aku tak boleh nak sumbangkan sedikit akal aku untuk dorang supaya dorang jadi bijak sket. Kalau boleh dah lama dah aku sumbang. Siyes.
kah kah kah
Baca kat bawah neh ek ;
"Saya kenal Anwar dah lama. Dari tahun 1970-an lagi... Ada sekali tu, dia ada hubungi saya dan suruh ke rumah... Masa itu dia merayu supaya jumpa dengan Mahathir untuk bagi dia peluang kedua... jangan pecat dia...
"Tapi saya tak nak bersekongkol... Saya tak nak hipokrit," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kuala Lumpur malam tadi. -MK-
Kita analisis statement dia ;
1. Dia kenal dsai dah lama.
2. Ada sekali tue, dsai call ibrahim ali dan suruh ke rumah.
3. Masa tue dia merayu2 supaya jumpa mahathir untuk bagi dia peluang kedua.
4. Tapi ibrahim ali takmo.
5. Dia cakap dia takmo hipokrit dan bersetongkol.
Inilah pecahan kenyataan dia. Sekarang kita akan analisis lebih dalam.
1. Apa jawatan ibrahim ali ketika anwar ibrahim di pecat? = Jawatan parti. Jawatan neh kemudian nya di upgrade menjadi timbalan menteri. Di upgrade sebab jasa Ibrahim Ali mempertahankan tindakan mahathir yang memecat dsai.
2. Apa tindakan Ibrahim Ali ketika mahathir memecat dsai? = Menyokong mahathir sepenuhnya, jelajah satu malaysia membela tindakan mahathir. Siap hentak meja jerkah anwar ibrahim dalam satu mesyuarat umno di pwtc. = Anwar kena jerkah dengan Ibrahim Ali depan orang.
2. Jadi apa relevantnya anwar ibrahim merayu2 kat ibrahim ali agar jumpa mahathir supaya mengembalikan jawatan nya semula? = Lue fikirlah sendiri. Kalau lue dah kena jerkah, kena herdik dan orang tue jelajah satu malaysia untuk kutuk2 lue.. lue nak merayu bagai ka apa kat orang macam neh? Lue kalau takde akal mesti lue buat macam tue kan?
Lepas beberapa tahun, ketika paklah memerintah, zaman ibrahim ali jatuh. Dia hilang jawatan. Dia bengang dan rasa marah sehingga menyebabkan dia bertanding atas tiket bebas ketika pru pada tahun 2004. Lepas habis pru - 10, dia dipecat dari umno sebab buat hal sebagaimana yang disebut kat atas neh. Dia bertanding atas tiket bebas di pasir mas.
Dia masih tak berhenti. Dia merapati pimpinan pakatan rakyat khususnya tuk guru nik aziz. Dia rapati pas sebab nak menang kawasan jek. Tuk guru kena tipu. Ramai gak orang tak percaya ibrahim ali neh tapi dah tuk guru restu orang pun maleh nak cakap apa. Lepas menang kawasan dia orang pertama lompat. Boleh nampak tak pemikiran dia macam mana? Tapi nak cakap bodoh tak bodoh juga dia neh sebab dia tetap berjaya memperbodoh2kan pas dan pas sebenarnya lebih bodoh dari ibrahim ali sebab diperbodoh2kan der. Logic sense.
Sejarah dia melompat bukan bermula pada tahun 2008 der. Awal dari itu. Ketika parti semangat 46 dibubarkan. Dulu dia keluar umno sekejap. Join masuk sokong ku li. Lepas tue dia orang pertama lompat tinggal ku li dan masuk umno semula.
Sejarah dia dengan demo pun bukan sejarah cikai2. Dia sendiri berdemo teruk2 sehingga menyebabkan rusuhan. Kita takmo citer pasal sejarah ibrahim ali kat sini. Dia patut faham sendiri bagaimana sikap dia neh. Sekarang kita nak cakap jika pada tahun 1998 dia cakap dia takmo hipokrit sokong dsai kenapa pada tahun 2008 dia boleh jadi hipokrit dan ke hulu ke hilir berceramah satu pentas dengan pimpinan PR?
Kenapa tak boleh pada tahun 1998 tapi boleh pula pada tahun 2008? Kalau tanya aku mudah jek jawapan dia. Tak boleh pada tahun 1998 sebab ada jawatan dan mencari jawatan. Walaupun dia dan dsai pernah dipenjarakan bersama2, berdemo sama2, tapi dsai pergi lebih jauh dari dia dalam bidang politik walaupun sama2 akhirnya masuk umno sebelum sama2 ditendang keluar dari umno.
Boleh pula pada tahun 2008 sebab masa tue takde jawatan, takde duit dan hilang pengaruh. Dia sanggup bersetongkol dengan sesiapa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahu tanpa mempertahankan konsistensi perjuangan politik dia. Inilah dia mahluk yang bernama Ibrahim Ali. Makhluk yang tak boleh pakai.
Cari mana satu ibrahim ali. Heh.
Ameno : Gambar ibrahim ali mencetuskan huru hara di UITM dulu2.. sapa ada ?