Maleh aku nak sembang kencang. Korang tengok gambar dulu.
Aku tatau neh majlis apa. Tapi ia anjuran yb umno der. Majlis neh lebih kurang cam mini konsert. Bersebelahan dengan majlis pelancaran bersih 3. Dipercayai mereka sengaja mengadakan majlis pada hari tersebut di kawasan yang berdekatan sebab nak mencuri tumpuan.
Aku sejujurnya tak kesah bab arak dan babi yang dihidangkan dalam majlis anjuran umno tue. Ia dihidangkan untuk orang2 bukan islam so what?
Ini pemikiran aku. Korang mungkin ada pemikiran lain. Ada juga orang yang berkata aku terlalu terbuka tapi aku cakap ini bukan terbuka tapi respect each other. Hanya kerana ko tak boleh makan maka jangan ko larang orang makan pula.
Tapi dorang cakap neh majlis pelbagai kaum so kalau nak respect apa pun perlu ka ada babi dan arak disitu? Habis tue kalau selama neh elok je ko hidang lembu meskipun ada penganut hindu, ko tak fikir sensitiviti orang india pula?
Kalau bercakap pasal sensitiviti, jangan fikir pasal umat islam jek, biar adil pada seme sebab islam itu adil der. Ini pandangan aku. Mungkin korang ada pendapat yang lain disitu. Tapi yang tak boleh diterima sepatutnya pertunjukkan tersebut. Pertunjukkan yang ada wanita2 berpakaian seksi dan terbuka kat depan belakang tue. Motif majlis? Susah nak cakap sebab info tak jelas. Kang cakap2 kang terfitnah arh sudah. Mampos disitu tak pasal2.
Apa pun nasihat aku kepada umno, toksah larh buat keraian2 macam neh lagi. Awak tue nak jadi pemimpin. Seorang pemimpin kena bawa imej baik dan kena bawa perkara2 yang baik kepada rakyat. Cuba belajar jadi role model bukan jadi maksiat model. Kalau pemimpin pun dah senget macam mana rakyat tak tiru der?
Tak habis2 dijaja perkara2 yang sewel kat rakyat lepas tue dalam tv dok pongpang2 cakap pas sesat.. oii malu larh sket der.. malu larh wooii..
Info detail pasal hal di atas kena baca sini.
Ameno : Neh tak keluar kat tv3..