Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 Mac 2012

Surat Arahan Turun Bendera Politik.



Lihat surat kat atas neh. Surat kat atas neh mengeluarkan arahan bahawa semua bendera politik harus diturunkan daripada premis2 kerajaan dalam masa 7 hari bekerja sebelum majlis tolong turunkan. Surat neh diberikan kepada siapa? Tah. Tidak dinyatakan dengan jelas.

At least kalau ada nama ka apa ka boleh lah kita fahamkan kenapa arahan tersebut dikeluarkan, tapi oleh kerana info neh sangat ringkas maka nak cakap apa pun susah. Kalau surat neh ditujukan kepada pembangkang aku setuju sangat arahan di atas neh. Kat tempat aku bendera pas dan bn berkibaran di kawasan sekolah sekalipun. Pandangan itu menyakitkan. Siyes.

Aku bukan marah pada pas dan bn mengantungkan bendera cuma aku tak gemar cara mereka mengantungkan bendera politik. Bagi aku itu buang duit. Orang kata itu mencetuskan suasana pilihanraya, senang cakap nak bagi havoc lagi lah. Contoh kalau musim perayaan, takde bunga api tak sah kan, mestilah nak main bunga api juga macam tue juga dengan pru. Kalau takde bendera tak sah lah, macam mana nak rasai kemeriahan pilihanraya.

Tapi bagi aku pula tue seme tak berfaedah. Instead mengantung bendera parti seme, better korang gantung manisfesto dan hujah. Maksudnya kalau pr perintah apa yang pr akan buat di kawasan tersebut, apa rancangan pembangunan mereka, apa keburukkan bn disitu, dan etc2. Bagi aku kalau korang gantung benda macam neh orang akan baca dan cuba faham. Sebab nak masuk tv segala bagai media tak dapat kan? So better lah pr gantung banner2 macam neh at least sambil gantung banner sambil berkempen. 

Tapi dalam hal lain pula, jika benar premis kerajaan digunakan untuk mengantungkan bendera politik, pr kena hormat arahan di atas neh. Memang kena buang. Dan kena belajar sedar diri. Cuba bayangkan kalau perak tue pr yang perintah lepas tue bien pergi gantung bendera dia kat seme premis2 kerajaan, apakah pr tidak akan keluarkan arahan sepertimana arahan di atas? Mesti keluarkan juga kan? 

Sama juga dengan kes neh. Kawasan perak diperintah oleh bien, ko boleh suka dan boleh tak suka tapi oleh kerana dadu dipegang oleh bien, maka ko terpaksa menurut arahan. Dan walaupun bien mengantungkan bendera di kawasan sekolah dan etc2 seme, pas dan pr tidak perlu mencontohi mereka. Sekolah tempat bebudak belajar. Kena belajar hormat pada persekitaran bebudak neh. Tak kira bien atau pr, asalkan ada sahaja bendera mereka disitu siyes aku merasakan itu sampah.

Sumber : semut.

Ameno : Sekolah bukan tempat politik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...