Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Mac 2012

Sah adun PAS lompat..

Lompat? Lompat apa? Lompat parti? Biar betul. Betul. Ada bukti. Lihat bawah. Jangan terkejut lah weh. Benda neh memang normal nak2 dekat pru. Tak boleh buat apa dah. Siyes.


Dah baca? Bagus. Adun yang dimaksudkan ialah berada dalam gambar bawah neh ;


Sah. Memang sah. Betul2 sah. Gila-gila punya sah. Sah adun pas melompat adalah satu lagi fitnah bahlol dari blogger umno.

kah kah kah

Gambar kemain ko. Kami sedia merampas kembali permatang pauh konon. Urat saraf aku siap tergelak2 lagi. Gegila poyo.

kah kah kah

Orang terserempak kat kedai makan pun dikatakan lompat. Yang lebih dasat siap reka2 skrip tue. Susah sangat ka nak pergi tanya ka siasat ka apa yang sedang berlaku? Payahlah gini. Duduk makan sekali pun salah. Dah lah tangkap gambar curi. Tengok gambar betul2. Ada nampak macam dorang tengah bersiap untuk digambar kan tak? Takde kan?

Itu snap curi. Orang umno dan pas berkawan walaupun dasar parti berbeza. Aku sendiri pun berlambak2 kawan umno. Bergambar, paw makan, paw belanja, lepak lagi dalam rumah dorang pun ada. Takan lah buat benda tue seme di anggap sokong umno? Politik is politik lah, politik tue citer lain, kawan citer lain, sedara citer lain, raya sekali citer lain, paw belanja citer lain pula. Susah sangat meh nak faham?

Isu neh sebenarnya mudah jek. Adun pas pergi makan. Sekali terserempak dengan kawan lama. Kawan lama itu ialah pemuda umno. Pemuda umno tue kematian abang ipar. Dia pergi bersalaman dengan kawan lama dia [adun pas] dan bagitau yang abang ipar dia dah meninggal dunia. Gamaknya dorang saling kenal mengenal lah tue. Tue jek yang berlaku di restoran tersebut.

Macam aku cakap tadi, sepatutnya blogger umno pergi tanya kat pemuda umno yang dok bersalaman dengan adun pas tue terlebih dulu. Tanya dia what happen? Why is he came here and eat at this restaurant? Is he planning to lompat parti and joining umno then? Ewahh english plak i. 

Dah siasat, dah tahu citer sebenar barulah ko tulis bagai. Patutnya ko tulis lihatlah walaupun umno dan pas berbeza pendirian politik tapi bila sedara mara meninggal, kita tetap duduk sekali mengenangkan sahabat2 yang telah pergi. Betul tak aku cakap neh? Selalu nak ulas dari sudut negatif dan fitnah. Itulah dia blogger umno. Itulah dia. Apa pun tak boleh lah. Apa pun tak boleh!

kah kah kah

Gambar printscreen ehsan ASD. Berita penuh dan penjelasan adun pas pun boleh rujuk blog ASD.. klik sini oke.

Ameno : Baik korang jangan bergambar dengan orang umno.. kang tak pasal2 kena tuduh.. kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...