Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Februari 2012

Skandal Pasir - Adakah PKR dan Azmin Ali terlibat?

Rasanya ramai dah tahu pasal skandal pasir neh. Isu yang didedahkan oleh RPK malam tadi di tv3 kini bersambung dalam blog bersiap dengan beberapa dokumen yang boleh mengesahkan keterangan RPK. Bagi yang tidak mengikuti kes neh dari awal memang akan confused sikit. 

Mula2 korang dinasihatkan baca blog malaysiatimes. Kat sini didedahkan dengan terperinci mengenai kematian patrick wong. Samada penulisan tue berdasarkan realiti ka apa ka aku taktahu. Korang ada akal so pandai2 lah baca dan hadam sendiri. Aku sendiri pun tak boleh nak tegaskan benda tue salah or betul. Itu terpulang pada penilaian memasing2. Aku takmo campur dan tentukan untuk korang.

Then skandal pasir neh bertutup untuk satu tempoh yang agak lama sebelum dimainkan kembali oleh pembangkang di selangor [bn]. Kalau nak dikutkan sepanjang2 masa bn memainkan skandal pasir neh jarang sekali kita melihat pakatan rakyat boleh menepis dakwaan2 mereka dengan kukuh kecuali beberapa kali itupun bila adun2 pakatan rakyat buat operasi mencegah kegiatan mencuri pasir sebelum ia senyap kembali.

Yang tue kita lupakan sekejap. Kita fikir satu persatu dulu disini. Susulan keterangan rpk di tv3 malam tadi, dia hadirkan kisah mengenai skandal pasir tue. Minta korang baca petikan perbualan di bawah neh ;

SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh?

Mat Suhaimi: Dalam minggu depan ye…

SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit…

Mat Suhaimi: Okay…

SC: Lepas tu takde masalah lah…

Mat Suhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh?

SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…

Mat Suhaimi: Berapa besar tanah tu?

SC: Dia 100 lebih ekar…

Mat Suhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…

SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang.
Pada 11 Januari 2010, KP menelefon Mat suhaimi dan perbualan tersebut adalah seperti berikut.

SC: Konfirm ye nombor ini?….Affin Bank ni?…
Mat Suhaimi: Confirm, confirm, confirm…

SC: Ni company…company siapa ni YB?

Mat Suhaimi: Ini….company…yang supply….yang buat event….

SC: okay, okay, okay, okay…confirm ye boleh masuk ye?

Mat Suhaimi: Ya, ya…

SC: Takut lah…nanti tak sampai kepada YB…

Mat Suhaimi: Jangan risau…okay…

SC: Nanti kalau boleh saya contact YB lah…so ini saya masukkan 50 ribu dalam akaun ini…confirm ye…

Mat Suhaimi: ha, okay, okay…yang Amir punya ada dengan Amir…
Nampak word yang aku highlightkan tue? Ada nama azmin. Nama azmin disebut dua kali disitu. Adun yang terlibat dalam skandal neh ialah ;



1. Mat Suhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda 

Adun neh mewakili parti keadilan rakyat = PKR.




2. Amirudin Shari, ADUN Batu Caves 

Adun neh juga mewakili parti keadilan rakyat = pkr.

Okey sekarang fahamkan dulu apa rakyat macam aku harapkan dalam kes macam neh.

1. Siasat dakwaan rpk neh. Tak kiralah samada ia fitnah, ia rekaan atau apa sahaja alasan yang adun2 neh jawab dan bakal jawab [adun sri muda dah jawab sila rujuk sini] tue belakang citer. Citer utama dia ialah SIASAT dulu.

2. RPK bagi hujah berdasarkan keterangan yang berpaksikan kepada beberapa helai dokumen dan mengaitkan dokumen2 tersebut dengan adun2 tersebut. Jika seseorang bagi ko bukti, ko tak boleh cakap owhh fitnah.. ini fitnah.. dan blabla lepas tue harap orang akan percayakan ko. Sorry. Jangan harap aku. Kalau aku, aku cakap bullshit. 

3. So apa yang perlu adun2 neh buat ialah menafikan kesahihan dokumen2 tersebut. Kalau palsu, buktikan ia palsu. At least kita di tengah2 neh boleh banding owhhh itu palsu rupanya. So kita faham. Bahasa nafi kita tak buy. Bahasa bukti baru kita makan. Logik sikit lah weh.

4. Oleh kerana RPK ada mendedahkan sebahagian dari rakaman [ rujuk di atas neh] dan adun sri muda ada menyebut pula nama azmin, so ada baiknya azmin memberikan respon. Yang penting azmin harus dibebaskan daripada terkait dengan isu neh. Kalau dia tidak memberikan respon atau apa, jangan marah kalau orang ada sangka serong pada masa akan datang.

5. PKR dan Khalid Ibrahim juga perlu berikan respon segera. Respon2 mereka neh akan menjadi kayu pengukur kepada masyarakat untuk menilai cara pentadbiran PKR di selangor. Kalau mereka bagi alasan.. kita akan siasat.. kita akan panggil dan blablabla.. aku cadangkan diam sampai ke mampos lebih baik disitu. 

Apa yang perlu dibuat ialah PENEGASAN bahawa PKR serahkan kepada SPRM dan POLIS untuk siasat hal tersebut. PKR tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku. Kita juga tidak akan campur tangan dalam siasatan terbabit namun adun2 tersebut perlu dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung skandal pasir yang didedahkan oleh RPK. 

Supaya mereka boleh bela diri. Ingat seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia benar2 bersalah. Jadi dalam kes neh adun2 terbabit belum lagi bersalah. Kita bukan nak hakimi dorang dan terus jatuhkan hukum. Ini tidak adil beb. 

Tapi kita minta SPRM siasat. Macam SPRM siasat khalid ibrahim dan tuan guru. Dan SPRM sendiri bebaskan mereka dari tuduhan terbabit. Bila dah bebas dan dibuktikan tidak bersalah barulah orang takan cakap2 lagi. Dan jangan lah jawab owhh rpk tue kena bayar lah.. umno dibelakangnya lah dan balbalnal.. itu seme alasan2 yang buat orang nak muntah. Siyes neh beb.

Kes neh perlu disiasat cara matang dan ikut prosuder. PKR perlu buktikan ketelusan nya sekarang. Ini masanya untuk membuktikan PKR adalah lebih baik dari umno. Bukan sikit tapi banyak2. Sila buktikan yang anda berbeza dari apa yang umno sangka. Bai

Ameno : Tolong jawab.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...