Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 Disember 2011

Must read : Video perli hudud !

 

Gila betul. 

Sanggup je buat kerja bodoh je semata2 nak burukkan PAS. Takpe lagi nak kecam PAS. Tapi janganlah heret islam dalam membenci PAS. Ko nak benci PAS ko punya pasal. Tapi jangan sampai benci ko pada PAS membuatkan ko tergamak hina HUDUD. 

Point penting dalam video di atas ;

1. Seronok pas dan dap bergaduh pasal hudud. [bila masa tah?]

2. Pas mainkan isu hudud nak jaga ahti pengundi kelantan.

3. Pas ikut cakap dap pasal konsep negara islam kepada kebajikan.

4. Hudud hasrat Allah swt. Ia berasaskan keadilan.

5. Undang2 malaysia adil jadi dah sama dah dengan undang2 Allah swt. Maknanya undang2 hudud = undang2 malaysia = adil dah.

6. Semua ulama suka dengan undang2 malaysia.

7. DSAI sokong TGNA pasal hudud sebab nak raih simpati penyokong pas supaya penyokong pas berdemo bela DSAI andai dia dipenjarakan.

8. DSAI seronok hukum hudud dijalankan sebab ia akan mempengaruhi perjalanan kes mahkamah nya.

9. Maksud PAS = PARTI AJARAN SONGSANG.

Ingat neh bebaik penyokong umno dan sebagainya. PAS = parti ajaran songsang. <-- korang yang label, korang yang kutuk, korang yang sebar fitnah jadi janganlah sibuk marahkan pas bilamana pas tidak mahu bersatu dengan umno.

Tak faham konsep kah? Dah puas2 hina + label + maki + fitnah + provoke last2 suruh orang bersatu dengan dia. Tak hairanlah kalau orang taknak. Gila betul permainan politik umno neh. Pas punya pasal, hudud pun sanggup dipermainkan.

Dalam isu kenapa hudud hanya dijalankan kepada umat islam, konsep dia sangat mudah. Lihat contoh di bawah neh terlebih dahulu ;


Perempuan neh ialah pelakon dalam video sembang rakyat. Dia bercakap pasal pas dan pasal hudud. Dia ialah orang islam. Tapi aneh konsep aurat dan kaler rambut pun dia gagal faham. Apatah lagi melepak tengah2 malam dengan dikelilingi oleh lelaki lagi larh dia tak faham. Jika ada perempuan di atas neh dan orang bukan islam duduk bersebelah, siapa yang patut kita dakwahkan terlebih dahulu?

Jadi dalam isu hudud pun sama. Stastistik di malaysia neh menunjukkan bahawa orang islam dan melayu mendominasikan semua jenis jenayah baik jenayah moral mahupun jenayah berat. Jelas disini akidah umat islam dilanda musibah. So hudud adalah untuk itu. Untuk mengatasi masalah yang melanda umat islam di malaysia neh.Apabila hudud lihat mampu mengatasi hal tersebut, secara sendirinya hukum hudud akan diterima pakai di malaysia.

Apa benda pun perlukan testimoni. Even Nabi saw sendiri pun menjadi testimoni kepada umat manusia di seluruh alam. Disebabkan itu ramai bukan islam masuk islam. Akhlak yang cantik disusuli pula dengan iman yang teguh barulah orang bukan islam boleh memahami apa itu islam. Ini kerana umat islam ialah cermin kepada islam itu sendiri.

Bukan kah ia jelas disini? Orang islam sendiri kena tunjuk dan amal benda yang termaktub dalam Alquran. Jika mereka sendiri gagal, jangan sesekali heret orang bukan islam di dalam kes neh. Jangan pernah mimpi bahawa orang bukan islam akan faham pasal islam apabila kita sendiri pun belum memahaminya.

Adalah amat malang bagi kita semua kerana tidak menyedari bahawa yang sedang mengadili iman kita ialah Allah swt. Bukan manusia. Apa yang dipertontonkan di dalam video neh, dia sangka bahawa manusia akan mengadili dia di pihak yang benar dan betul tetapi dia lupa, bahawa dia sedang mempertaruhkan iman sendiri. 

Walaupun mungkin sahaja pada masa akan datang dia bertaubat, tetapi kesan akibat pembikinan video neh tetap wujud dan akan tetap diadili oleh Allah swt. Ingatlah, benci pas satu hal yang lain. Jangan sampai kebencian kepada pas mengheret anda untuk benci Allah swt pula.

Ameno : Hudud diperlekehkan oleh orang islam. Dan lebih malang ada pasukan yang menyorak atas penghinaan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...