Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 November 2011

Najib bekap Shahrizat dalam isu NFCorp.

Najib napa ko buang masa bekap shahrizat si penyonglap duit rakyat tue? Projek neh dari awal lagi dah salah dari segi dasarnya. Seorang menteri tidak patut diberikan duit rm250juta untuk berniaga. Ini peraturan apa ko guna pakai? Sejak bila menteri boleh dapat dana untuk kumpul kekayaan? Oii jawablah. 

Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd. Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman itutelah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan.

Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju, yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn Bhd, katanya.

Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya. "Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus," katanya. -Bernama-

Jangan temberang. Itu baru pinjaman. Belum masuk yang lain2 kan? Ko jangan ingat semua rakyat malaysia malas baca dan kaji laporan audit ka beb?





Beberapa perkara yang anda patut tahu ;

1. Kerajaan telah meluluskan soft loan kepada NFCorp berjumlah rm250juta untuk merealisasikan projek nasional perternakkan lembu. Sejumlah rm134.72juta telah disalurkan kepada NFCorp bagi tempoh berakhir 2010. [rm181.9j sehingga julai 2011].

2. Kerajaan juga meluluskan geran pelancaran projek sebanyak rm13juta dan rm6.52juta telah diserahkan kepada NFCorp.

3. rm23.46juta untuk membina pengairan + tanam rumput. Kos asal ialah rm19.86 juta. Berlaku pertambahan kos sebanyak rm3.60juta.

4. rm13.60 pula untuk bina pagar berantai dan jalan masuk ke ladang. Kos asal ialah rm11.48 juta. Berlaku pertambahan kos sebanyak rm2.12 juta.

5. Peruntukkan dari kerajaan untuk projek ternak lembu sehingga tahun 2010 ialah sebanyak rm73.64juta. Tetapi yang telah digunakan adalah sebanyak rm48.71juta.

6. Pada tahun 2010, NFCorp memohon dana tambahan 10juta untuk menyelenggara kawasan perladangan tetapi telah ditolak oleh kementerian kewangan.

 

Kesimpulan disini ialah ;

Pembiayaan kerajaan dalam projek neh ==> rm48.71juta

Pinjaman yang kerajaan beri kepada NFCorp ==> rm181.09juta

Wang geran yang kerajaan salur kepada NFCorp ==> rm6.52juta

Kos membina pagar + jalan ==> rm13.60juta

Kos membina saliran air ==> rm23.46juta
 

48.71 + 181.09 + 6.52 + 13.60 + 23.46 = rm273.38 juta.

Hasil? 

rangkaian restoran mewah milik penuh sharizat anak beranak.

NFCorp milik shahrizat anak beranak.


Lagi laporan audit tentang NFC disini. 


Jangan bagi muka pada shahrizat. Jom tekan dia disini.




Ameno : Macam mana orang nak kata bn parti penyeleweng. Tengoklah benda dah sah2 salah dengan laporan dari audit pun depa nak spin lagi. Itupun laporan bertapis. Padahal ada banyak lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...