Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Oktober 2011

Oit shahrizat jangan ko lari lepas balon rm250juta wang rakyat.

Okey sambungan dari kes perompakkan wang secara besar-besaran oleh shahrizat dan kroni2 nya tanpa ada pengawasan dari bn. Sebenarnya aku pun tak suka nak salahkan bn dan umno dalam hal. Aku pernah fikir bahawa shahrizat dan menteri asas tani hanya berpakat mereka berdua untuk merompak wang rakyat. Lalu aku selusuri projek dan kelulusan dalam tender neh. 

Aku akhirnya mendapati bahawa apa2 benda yang melibatkan kewangan negara mestilah melalui kementerian kewangan. Okey, katakanlah tulisan atas paper cantik tanpa ada cacat cela sehingga menyebabkan kementerian kewangan berhasil memberikan kelulusan atas projek neh tetapi penglibatan shahrizat dan familyanakberanak sepatutnya boleh menimbulkan keraguan yang munasabah untuk bn faham bahawa neh projek kroni.

Tapi bn bersikap tutup mata walaupun rakyat bagitau berulang2 kali bahawa shahrizat neh menteri. Dia mana layak dapat projek. Dia mana layak dapat dana. Dia mana layak heret semua anakberanak dia buat projek neh. Dia mana layak jadi menteri walaupun kalah dalam parlimen. Tapi bn masih taknak amek tindakan. 

Masih buat pekak dan bodoh. Lepas tue rakyat mula buat persepsi. Whooorr.. bn memang menghalalkan songlap. Mungkin bukan shahrizat sahaja. Mungkin kebanyakkan menteri bn begitu. Dan itulah yang menyebabkan rakyat maki bn. Takan benda simple macam neh pun tak faham? 

Kalau ko rasa ko dah berubah dan mahu mengubah, ko jatuhkanlah dan buanglah pemimpin2 yang tak boleh pakai terlebih dahulu. Dah ko sendiri angkat pemimpin2 yang kaki songlap lepas tue ko buat kempen besar2 dalam tv dan segala media bahawa bn ialah parti yang menjaga amanah rakyat. Dan lepas tue ko expect rakyat nak gelak hihi haha dan menerima kempen2 iklan tersebut? Bullshit. 

Hanya ada 3 kategori orang yang sokong bn.

1. Orang yang tiada info tentang penyelewengan2 bn.

2. Orang yang menyokong bn demi tugas, duit, kuasa, pangkat dan etc.

3. Orang bodoh. Walaupun dia tahu bn jahat tapi dia masih sokong bn lagi sebab dia fikir bahawa itulah yang dia patut sokong.

Selain daripada 3 jenis manusia di atas, tiada mana2 manusia lagi yang sokong bn. Sebab tue depa import pengundi luar. Jangan salah faham. Membenci bn bukan bererti kita penyokong tegar pr. Membenci bn kerana dia zalim. Menyokong pr kerana itulah option yang kita ada. Ikut fakta yang dikeluarkan jabatan audit terbukti corak pemerintahan pr lebih efisien berbanding bn. Bukan sahaja jumlah hutang berkurangan, jumlah penyelewengan dan kecekapan agensi kerajaan negeri juga bertambah. 

Walaupun terdapat gerakan menjatuhkan mb selangor oleh pkr sendiri, tetapi ia tidak menjejaskan pentadbiran pr di selangor sehingga menambahkan penyelewengan. Mungkin situasi berubah jika mb selangor berubah.  Demm. Neh yang membuatkan aku tak percaya kepada parti. 

Sekarang neh sambung balik pada kes shahrizat neh. Ingat kita kena tahu info neh supaya kita boleh faham kenapa kita kena tolak bn dalam pru-13 neh.
1. Nilai projek perternakkan lembu ialah rm250juta total. 

2. Ketika itu menteri pertanian ialah muhyiddin yassin.

3. Suami shahrizat pakar dalam biotek, bukan pakar dalam bidang perternakkan haiwan, lembu dan bidang2 berkaitan.

4. Anak2 shahrizat yang baru grade dari U pada ketika itu menjadi BOD NFCorp. Kelayakkan, pengalaman, merit hapa takdak. Tahu2 je terus ada saham dalam NFCorp. Tahu2 je terus jadi orang yang berpangkat. Tahu2 je dapat hidup senang lenang guna dana kerajaan.

5. Baru2 neh NFCorp berikan alasan bahawa kelengkapan tidak disediakan oleh kerajaan sehingga menyebabkan mereka gagal capai sasaran. Dengan nilai projek berjuta2 ringgit, sepatutnya dari awal lagi mereka kena sediakan plan yang proper baru proceed. Bukan proceed tender tanpa plan larh bahlol. 

Dan bila rugi kerajaan gak kena. Ingat NFCorp nak amek pusing ka dengan apa yang kita kata? Apa yang depa kisah sebab kerajaan pun menurut kata depa. Yang kekal merana ialah kita. Dulu begitu. Sekarang begitu. Dan akan kekal juga begitu pada masa akan datang sehinggalah bn dijatuhkan.

6. Ada info bagitau bahawa ada syarikat seperti NFCorp di pahang bekas milik kerajaan negeri pahang yang mana mereka ada pengalaman yang luas dalam bidang perternakkan neh. Syarikat itu diswastakan ketika era mahathir. Isu sekarang, kita sudah ada syarikat yang pakar why lantik/bina syarikat yang baru? Adakah untuk alirkan wang bagi kegunaan pihak tertentu? Kalau syarikat yang sedia ada bermasalah, kena atasi masalah. Bukan tambah masalah dengan wujudkan syarikat usahasama yang baru.

7. Perternak2 lembu di malaysia neh ramai. Ada yang mengeluh tiada pembeli. Apa salahnya kalau kerajaan beli lembu2 mereka untuk diproses? Sekurang2nya rakyat dan kerajaan dapat sesuatu disini. Rakyat dapat jual hasil ternakan. Kerajaan pula dapat dua pulangan. Pertama mereka dapat bantu rakyat yang memerlukan dan kedua mereka dapat keuntungan dengan menjual daging yang diproses. 

8. Atau apa salahnya kalau kerajaan wujudkan usahasama antara NFCorp dengan perternak2 tempatan dalam penghasilan lembu. Biarlah perkembangan bussiness neh dirasai oleh semua tingkat dan golongan. Bukan nak tambahkan tangga. Tambahan tangga hanya menyebabkan pertambahan kos kepada peniaga seterusnya rakyat akan mengeluh kalau membeli daging lembu dengan harga yang mahal. Apa yang disarankan ialah libatkan penternak2 lembu dalam NFCorp. Beri peluang pekerjaan dan pendapatan kepada mereka. 

Baca neh. Penulis email memberi ulasan berkaitan hal di atas neh ;
Jabatan Perkhidmatan Haiwan buat pengumuman tahun 2007 bahawa NFC akan dapat soft loan RM250 juta.
Jika semak RMK9 mungkin ada spesifik.
Syarikat penternakan milik negeri diswastakan Dr Mahathir awal 80an.
Dr Mahathir memberi kepercayaan kepada bekas DG Jab Haiwan ketika itu utk memajukan sektor penternakan.
Syarikat swasta bekas milik penuh negeri itu berkembang besar sehingga mempunyai ladang & lembu beribu kepala mereka sendiri di Australia.
Syarikat ini barjaya menjadi key player dlm industri penternakan dan mampu bersaing dgn syarikat2 milik bukan bumiputera.
Bekas DG Jab Haiwan yg menjadi Chairman syarikat ini ialah Pakcik Sharizat (Abang sulong kepada ibu Sharizat).
Pakcik Sharizat meninggal awal tahun 2002/03.
Syarikat ini terkontang kanting selepas itu.
Pengarah Urusan yg menjadi nadi syarikat lebih 2 dekad 'dipencenkan' dan dilantik menjadi anggota Lembaga Pengarah bukan eksekutif.
Dr Mahathir pencen Pak Lah naik.
Menteri Pertanian baru.
Kroni baru.
Business model kencing baru.
Syarikat bekas anak milik negeri dibiar hidup segan mati x mahu.
Dibuat pula syarikat baru.
Diberi wang Rakyat RM250juta as soft loan.
Benda ni berlaku bukan dalam bidang penternakan shj.
Semua bidang.
Pasal tu la kita tgk Dr Mahathir berang.
Dia tahu kos yg tinggi & masa yg pjg diperlukan utk naikan 1 syarikat.

Kami mmg dari latarbelakang penternakan.
Keluarga memiliki ladang.
Kjaan Pahang bagi tanah leasehold.
Kos pembangunan kami tanggung.
Kos operasi pun kami keluarkan.
Kjaan bagi subsidi sedikit utk setiap kepala.
Jualan tinggi setahun sekali musim Haji. 
Untung dpt utk tampung operasi shj.
Kami juga ambil lembu dari Felda sekitar Pahang,Terengganu & Kelantan.
Mereka juga kata jualan lembab & ada yg tiada pembeli.
Kerajaan pulak cakap bekalan x cukup.
Kementerian x habis2 buat kempen usahawan ternak.
Pelik.
Kenapa perlu NFC?
FAMA boleh digunakan utk membeli semua lembu2 matang sedia ada dari ladang2 yg sudah mendapat pengiktirafan kualiti & kesihatan dari Jab Haiwan.
Untung 100% sampai ke penternak.
Kami nak nak jumpa Menteri Pertanian baru.
Nak sampaikan idea & isi hati penternak.
Belum apa2 tukang introduce yg bakal introduce Menteri mintak 30%.
30% dari apa2 yg Menteri luluskan.
Gila punya dunia.









Kalau yang neh pun bn masih tak faham2 kenapa rakyat marahkan depa, aku surrender larh. Aku bukan surrender untuk dedahkan penyelewengan. Jangan salah faham. Aku surrender untuk percaya bahawa bn ada harapan dan ruang untuk berubah. Sekian.

Nota : Rujuk gambar anak shahrizat di atas neh. Adakah mereka ialah BOD NFCorp? Jadi, adakah itu karier yang mereka maksudkan dalam petikan artikel di atas? Karier yang dibina menggunakan wang rakyat? Itu boleh dianggap karier? Jangan marah. Aku tanya je.

Ameno : Muak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...