Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 November 2011

Aku kena ban dengan admin page TGNA bila bersuara pasal Ambiga support gay.

Apa salah aku bila cakap pasal benda betul? Ingat aku bodoh sangat ke nak serang tanpa simpan bukti printscreen? Dasar pengecut. Sebagaimana najib, ali rustam dan pelbagai lagi page bn yang suka ban aku bila dorang takde hujah kali neh admin page tgna juga ban aku bila dia takde hujah. 

Kalau ko berada di pihak yang benar, apasal ko ban aku? Balas larh hujah aku. Ko nak takut pasal apa? Ka pasal ko memang buat salah? Ko sama je macam najib dan bn. Tak boleh kena tegur. Tak boleh kena kritik. Kalau neh cara yang diamalkan oleh pas, terbuktilah pas = umno = 2 x 5. Nak je aku cakap lebih teruk dari neh. Tapi takpe. Tak perlu pun. Pendedahan neh dah cukup membuktikan pendirian korang tue macam mana. Heh






Ada orang akan bagi hujah. Ya dorang semestinya akan defend pas dan tgna dalam isu neh. Yang sebenarnya aku tahu yang ban aku neh ialah admin page tgna. Tindakan dia tidak mewakili pas dan tidak mewakili tgna. Malahan aku percaya andai tgna sendiri yang manage pas tersebut, tuk guru tidak akan ban aku. Sebab aku cakap benda betul. Dan tuk guru pula jenis suka dengar benda betul. Bukan benda tipu dan hipokrit yang selalu disampaikan oleh orang2 sekeliling dia tue.

Motif kenapa aku mengaitkan pas dalam hal neh mudah. Jangan fikir benda neh takde kaitan dengan pas sementelah pas juga yang pongpang bantah isu elton john sebab dia gay. Kenapa pas boleh pongpang cakap pasal elton john tapi dia tak boleh pongpang bantah festival gay di malaysia neh? Adakah kerana festival gay neh ada kaitan dengan ambiga dan NGOs yang support bersih?

Apa yang membezakan konsert penyanyi gay dengan festival + konsert gay yang di anjurkan NGOs pro bersih dan dirasmikan AMBIGA pada pandangan pas sehingga pas hanya membantah konsert elton john tetapi belum lagi bersuara pasal festival gay neh? [Selepas neh tatau lah kalau depa bersuara].

Festival gay neh anak tempatan. Elton john tue orang luar. Apa sebab orang luar yang bawa budaya gay ko marah tapi bila orang tempatan buat benda yang sama ko senyap? Itu je isu dia. Aku faham. Bukan lah tanggungjawab pas untuk banteras hal neh. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan. Sama macam konsert elton john. Sepatutnya kerajaan bidas. Tapi kerajaan diam so pas amek langkah bersuara. Lalu, apa sebab dalam festival gay yang ada kaitan dengan ambiga dan geng2 sekutunya tidak mendapat bantahan dari pas pula?

Aku jadi pelik. Apsal depa pongpang pasal elton john tapi bab yang membabitkan ambiga depa diam. Itu pasal aku raise question kat sini. Bukanlah aku nak membidas pas sangat. Tapi benda kehipokritan neh aku nampak. Jelas lagi terang. Aku pun suka gak nak membina persepsi baik buat pas. Tapi perlukah aku bina dengan jalan menipu? 

Inilah yang orang kata. Tangan sendiri mencuri tak nampak. Tangan orang lain yang mencuri ko nampak. Anak tempatan buat festival + konsert untuk support gay + lain2 alam ko tak nampak. Tapi orang luar gay yang datang sini untuk buat konsert  ko pertikaikan. Sedangkan orang luar tue ialah penyanyi gay yang bakal menyanyi di hadapan penyokong2 yang belum tentu gay sedangkan festival gay plus etc2 + konsert yang dibuat anak tempatan neh dah sah2 mengumpulkan dana dan hiburan untuk puak2 gay + les dan etc2.

Simple. Tapi kalau taknak faham takpe. Teruslah buat lawak lagi. Aku tumpang gelak. Dan aku juga tumpang melihat lakonan pas. Selama neh aku tahu sangat umno pandai berlakon. Cuma aku tak sangka pas pun ada bakat macam tue. Sekarang aku dah tahu. Hebat. Itu je pujian yang aku boleh bagi. Heh. 

Nota : Link gay disini.

Ameno : Selamat datang ke dunia parti maksum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...