Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 Oktober 2011

Rosmah dan Anugerah Selendang dari Mahaguru Silat.



Semalam aku tengok buletin utama. Motif nak tengok pasal ulasan himpun oleh tv3 tapi rupanya terlepas. Aku fikir takde tapi ada orang bagitau aku semalam ia ada tapi cuma dalam ulasan yang sangat ringkas dan pendek. Mungkin sebab HIMPUN gagal dengan sambutan yang sangat hambar kot. So tv3 takde mood nak cover isu tue lebih2. 

Dalam berita yang sama tv3 siarkan yang rosmah mansur mendapat penghargaan. Aku dengar tapi bukan depan tv. Aku dengar penuh khusyuk. Penghargaan apa plak kali neh mem dapat? Aku dok fikir melalut. Dari negara mana? Hari tue negara bangla umumkan apa tah tapi dinamakan sempena nama rosmah mansur. Kali neh adakah indonesia, nepal, myammar dan lain2 negara yang nak bagi anugerah special kat rosmah? Maklumlah misi merakyatkan warga asing di malaysia kan semakin rancak. So neh mungkin menguntungkan negara2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tapi rupa2nya rosmah mansur cuma dapat anugerah selendang. Itupun dari mahaguru silat omardin. Terkejut gak aku dengar. Anugerah selendang tue apa menda? Suruh rosmah mansur pakai selendang ka? Kata mereka rosmah mansur banyak berjasa. Tah larh. Aku pun confused dengan berita yang aku dengar. Aku confused bila depa kata rosmah mansur banyak berjasa. Aku tak faham apa benda yang depa istilah kan sebagai jasa dan adakah mereka benar2 menggunakan ayat yang tepat dalam statement tersebut? Dan aku lebih confused dengan nama anugerah selendang neh. 

Aku tak pula pergi depan tv untuk tengok apa bentuk anugerah tue. Aku percaya time tue bahawa isu neh mesti akan masuk fb punya. Almaklumlah rosmah mansur, siapa yang tak suka citer kisah dia. Kisah dia ialah kisah yang pelik. Rare. Orang normal memang tertarik dengan benda rare. 

Dan tadi di atas neh sumber dari fb kbsb, ialah gambar anugerah tersebut. Ia adalah sejenis selendang. Ia adalah anugerah kepada rosmah mansur. Hurm. Adakah nak suruh rosmah mansur menutup bahu dia menggunakan selendang tersebut? 

Apa yang unik pasal selendang neh? Apsal rosmah dapat? Adakah dia ialah bekas pesilat? Aku pun tatau. Jangan tanya aku. Aku makin confused lagi ada. Berapa banyak lagi anugerah yang rosmah mansur akan terima atas sebab dia ialah seorang isteri kepada PM? 

Tak payah nak cakap tapi semua orang tahu anugerah demi anugerah [penghargaan] yang dia terima ialah cuma bodek. Tak lebih dan tak kurang. Sama macam anugerah selendang neh. Ia adalah anugerah bodek. Nak bodek Najib Razak kena pandai bodek rosmah mansur juga. Tapi sampai bila? Aku...  dah bosan habis. 

Ameno : Aku pun nak anugerah gak..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...