Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 24 Oktober 2011

Najib nak bagi bukti mat indera ialah komunis.

Haizh.

Aku taktahu larh nak buat apa dengan perdana menteri macam neh. Dia neh hidup di alam fantasi. Lihat bawah neh ;


Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.
“Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk “Dialogues With Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party” oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.
“Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.”
Tegas Najib, rakyat perlu sedar bahawa hanya pejuang kemerdekaan sebenar yang akan dikenang dan dipertahankan, bukannya komunis seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.
“Saya hairan dan pelik apabila ada pihak cuba mengagungkan komunis yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi hakikatnya pejuang yang sebenar adalah polis dan tentera, bukan komunis,” katanya.
Beliau mempersoalkan apakah muslihat pemimpin berkenaan yang cuba mengagungkan komunis.
Najib turut menyifatkan mereka yang menyalah tafsir sejarah negara serta menidakkan, mencemuh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara, sebagai melakukan kesalahan yang tidak boleh diampunkan.
Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika sidang akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Najib cakap dia nak bagi bukti rakaman temubual. Bukti rakaman itu adalah hujah najib bahawa mat indera ialah komunis. Dan dengan bukti itu najib berharap rakyat akan mencemuh mat indera. Dan bila rakyat mencemuh mat indera, rakyat juga akan mencemuh mat sabu yang membawa isu neh pada awalnya.

Bukan kah neh tujuan sebenar dia?

Baik. Katakan sahaja mat indera ialah komunis. So what? Komunis tak boleh berjuang pertahankan tanah air ke? Komunis bukan pejuang kemerdekaan ka? Komunis malaya sama ke dengan komunis rusia dan china? Walaupun malaysia memakai perlembagaan dari british tetapi ada beberapa pindaan dibuat bagi menyesuaikan ia dengan budaya dan agama rakyat setempat. Hal yang sama juga wujud dalam fahaman komunis.

Walaupun fahaman komunis di akui dibawa oleh rakyat cina yang menetap di malaya pada ketika itu untuk melawan penjajahan jepun tetapi itu tidak bererti bahawa mereka mengamalkan komunisme yang sama sebagaimana yang china amalkan. Orang2 melayu yang terlibat dalam komunis masih bersolat dan mengakui sebagai orang islam.

Mereka juga ada beberapa dasar dan polisi yang perlu dipatuhi antaranya tidak boleh mencederakan orang awam dan mesti membalas jasa orang yang menolong membekalkan makanan dan sebagainya. Ya, bukanlah semua pergerakkan komunis itu 100% mengikut peraturan yang ditetapkan. Ada yang tersasar dan jauh dari perjuangan asal sebab itu mereka dihukum. Yang neh kita tak nafikan. Buat jahat dibalas jahat. Memang satu padanan yang betul. 

Tapi kenapa pula ada sesetengah orang yang buat baik di balas jahat? Dan ada sesetengah yang lain buat jahat di balas baik? Neh lah yang tak betul. Dalam situasi mat indera dia bukanlah orang jahat. Kalau ko melihat bangsa ko menjadi barua kepada penjajah suka tak suka ko juga akan rasa marah. Kalau ko serang jepun kerana dia jajah malaya, maka apa sebab ko kena respect british sedangkan dia buat perkara yang sama?

Jangan salah faham. Aku bukan pro komunis. Aku pro pejuang. Mereka mungkin memilih pelbagai landasan yang berbeza untuk mencari satu matlamat yang sama tapi still mereka ialah pejuang. Mereka tetap telah berusaha bebaskan diri dari penjajah. Sebab kenapa mereka memilih cara begitu, bukan urusan aku dan ko untuk menilai. Kita tidak hidup di zaman mereka. Kita tidak tahu kesusahan apa yang mereka alami. Setiap tindakan mereka sudah tentu ada sebab dan asas tertentu.

Sama macam situasi sekarang. Najib menjadi barua us dan israel. Ko boleh rasa suka. Ko boleh rasa tak suka. Tapi aku pilih untuk rasa tak suka. Aku tak suka bila najib tekan iran atas nasihat us yang ditekan israel. Aku tak peduli andai korang fikir padan muka iran sebab dia syiah. Bagi aku berkerjasama dengan syiah tetap lebih baik daripada segeng dengan us dan israel. Israel sudah tentu terang lagi jelas matlamat dia membunuh umat islam. 

Syiah pula semakin lama semakin terang lagi lantang menentang israel. Andai aku berkerjasama dengan syiah untuk menghancur israel so what? Andai aku berusaha untuk jatuhkan pimpinan najib sebab menyampah dengan cara dia menolak islam so what? Adakah aku ialah syiahnisme? Sesat lagi menyesatkan? Berdosa sebab melawan pemimpin? 

Semua orang ada pelbagai persepsi sebab satu ilmu yang kita dapat ia boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Contoh huruf di bawah neh ;

a, a, s, m

aasm andai kita susun dia boleh jadi macam2 ;

sama, masa, asam, amas, saam, maas,

bergantung kepada penggunaan dan keperluan kita pada ketika itu. So mat indera pun begitu. Pejuang2 yang berhaluan kiri pun begitu. Aku yang menyokong pembangkang begitu. Bila aku lihat menyokong kerajaan sudah tidak relevan kerana mereka menindas aku, maka aku berpaling menyokong parti yang boleh membawa apa yang aku inginkan sebagai rakyat.

Sama macam mat indera dan pejuang berhaluan kiri. Bila mereka melihat sudah tidak relevan lagi menyokong british sebagai pemerintah di malaya pada ketika itu, mereka juga berpaling dengan menyokong yang lain untuk merealisasikan impian menjadi rakyat yang merdeka.

Dan siapa pula najib yang berani memperkecilkan perjuangan mereka? Najib bukan sapa2. Najib dan umno ialah sebahagian dari "kawan rapat" british. Najib, umno dan polis. Mereka sebahagian dari "kawan rapat" yang menjajah kita dulu. Kawan rapat yang sanggup membunuh saudara seagama demi kepentingan politik. Dulu begitu. Sekarang juga begitu. Tiada apa yang berubah dalam umno. 

Bacaan penuh statement najib disini.

Ameno : datang dari mana, hanya sign terus dapat tadbir negara. AWESOME!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...