Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kenapa nak tolak HIMPUN?


HIMPUN ialah perhimpunan untuk menolak gejala murtad. Kata mereka, mereka tidak suka kepada murtad dan mahu gejala murtad yang melanda umat islam zaman sekarang ditanggani dengan serius. Perhimpunan neh tiada kaitan dengan mana-mana parti politik walaupun perhimpunan neh di promote 24 jam oleh utusan yang suka menfitnah. 

Salah ke utusan mempromosikan himpun? Ya, salah. Sebab utusan selalu cakap temberang. Bila orang yang suka cakap temberang promote benda baik pun akan dilihat tidak baik. Itu sebab peribadi dia yang suka temberang. Sukar nak hadir persepsi baik bila dia selalu sangat buat kerja jahat. 

Ini berbeza andai HIMPUN dipromote di semua media samada milik pembangkang, bebas dan kerajaan. Persepsi rakyat akan menjadi berbeza. Bukan kita tidak tahu umno di belakang himpun. Kita tahu. Sebab itu kita lihat tamby chik beria2 kutuk pas semalam di utusan. Sebab tue kita lihat blogs umno balon pas sejurus pas mengikut pendirian pkr dalam isu HIMPUN. 

Sekarang neh salah ke kalau umno nak mengatasi gejala murtad melalui himpun? Tak salah. Tapi benda kena lah ikut aturan yang betul. Seseorang yang berkuasa macam umno, mereka tak perlukan himpun untuk atasi gejala murtad sebab kuasa ada di tangan mereka. Mereka boleh gubal undang2 pada bila2 masa. Mereka boleh buat apa pun sebab mereka majoriti pemerintah di malaysia. Kuasa ada pada tangan mereka. Kalau mereka nak buat hudud pun mereka mampu sebab Allah swt dah kurniakan mereka kuasa. Kuasa yang tiada pada pas dan pkr.  

Pas selama neh hanya mampu memekak dan melolong sebab tak pernah sekalipun Allah swt berikan pas kemenangan untuk perintah malaysia neh. Tapi Allah swt berikan umno 55 tahun untuk tadbir berkuasa di malaysia. Satu tempoh yang panjang. Sudah tentu Allah swt lebih tahu kenapa umno terus diberikan kemenangan. Dan sudah semestinya umno patut dah lama merasai dengan jiwa iman rahmat yang Allah swt berikan. 

Menjadi orang yang berkuasa bukan semua orang mampu. Ia idaman semua orang tetapi umno, dapat. Mereka dapat, rahmat itu. Umno dapat sebab Allah swt yang bagi. Oleh itu pada bila2 masa tanpa perlukan apa2 perhimpunan umno mampu mengubahnya. UMNO mampu mengubah apa2 akta untuk mencegah apa2 kerosakan kerana mereka ada rahmat yang Allah swt beri. Rahmat kuasa yang tiada pada pas, tetapi ada pada umno. Kenapa tidak mereka gunakan anugerah yang Allah swt berikan itu melalui medium yang betul?

kenapa tidak mereka gunakan kuasa yang ada untuk menangani gejala murtad dengan lebih sistematik dan serius? Kenapa perlu gunakan medium himpun? Himpun dan bersih berbeza sebab bersih macam kami tiada kuasa untuk ubah spr. Kami neh rakyat biasa yang hanya mampu memekak untuk meluahkan isi ahti masing2. 

Umno di belakang himpun pula lain. Mereka lebih dari mampu sekadar memekak. Mereka boleh buat perubahan sebab Allah swt bagi mereka kuasa itu. Walaupun pr dilihat lebih kuat selepas pru-12 tetapi suka tak suka, umno masih dominan dan menjadi pilihan utama orang melayu pada musim pengundian yang lepas. Jadi kenapa tidak gunakan kuasa yang ada untuk ubah apa yang ingin di ubah daripada memekak di atas stadium?

Boleh kah orang yang tidak berkuasa di samakan dengan orang yang berkuasa? Boleh kah seorang pemimpin macam najib di samakan dengan rakyat macam aku? Ada lah logik jika aku turun dalam demo bersih untuk pulihkan SPR tetapi tak logik kalau umno yang mampu mengubah akta itu neh turun berdemo sebab kuasa ada di tangan mereka. Bukan kah neh benda yang paling senang difahami? 

Bukan lah himpun di tolak kerana umno ialah dalang di belakang himpun. Aku tidak tahu alasan orang lain tetapi aku sejujurnya sokong himpun. Cuma aku tak faham kenapa orang macam umno yang mampu mengubah apa2 akta perlukan himpun untuk atasi gejala murtad? Padahal pada bila2 masa, mereka mampu je atasi gejala murtad andai mereka berkeinginan sebab macam aku dah cakap tadi, kuasa ada di tangan mereka. Kuasa yang Allah swt beri melalui peti undi. Kenapa tidak gunakan kuasa itu?

Nota : Artikel neh tidak mengajak anda untuk memboikot himpun. Ahli PAS tidak menyertai himpun atas kapasiti parti politik. Harap maklum. 

Ameno : Aku masih menunggu bayaran rm200 dari bersih sebagaimana pendedahan rais yatim hari tue. Aku masih tak dapat bayaran tue lagi.. kenapa? Aku turun demo bersih gak what.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...