Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 Oktober 2011

Makanan “menu rakyat” sedap dan berkualiti, kata Najib





Aku nak bagitau kat sini yang aku rasa terharu sesangat dengan najib sekarang neh. Aku cakap dengan penuh siyes neh. Sila percaya.


Nasi + ayam masak merah + ayam masak kicap [ayam lagi?] + daging goreng [ayam ada, daging pun ada peh..] + sayur taugeh + papadom = rm4.


Betul ke neh?


Hehehe.. 


Janganlah tipu2. Sebenarnya menu rm4 lain kan ismail sabri? Takpe. Aku faham. Bila rakyat complaint pasal makanan rm4 neh depa complaint pasal kuantiti dan size hidangan. Untuk makanan yang bernilai rm4 amat sukar rakyat nak berfikir lebih2 pasal kualiti. So bila najib cakap makanan neh berkualiti, aku siyes tatau nak anggap apa. Aku tak faham apakah garis panduan yang najib guna bila dia cakap makanan neh berkualiti.


Makanan berkualiti tue sebenarnya.. hurm.. apa??

Aku tak berapa faham sangat pasal makanan berkualiti neh. Yang aku tahu makanan yang menyihatkan. Bukan kah makanan sihat itu selalu orang anggap ia sebagai berkualiti? Mungkin ada sesiapa di antara korang boleh ajar aku bab kualiti dalam pemakanan neh.


Tapi kan siapa kisah pasal kualiti pada makanan yang berharga rm4 sekali hidang neh? Sapa pun tak hairan. Yang depa heran adakah makanan murah rm4 neh boleh berikan size hidangan yang lebih baik daripada apa yang mereka sering makan tetapi dengan harga yang lebih mahal. Macam mana aku tahu? Mudah, sebab aku pun rakyat macam depa. Jadi rakyat macam aku memang faham pemikiran rakyat yang lain. So bila najib cakap makanan neh sedap dan berkualiti, ia betul2 buat aku urmmm.. tah. Berkualiti ka?


kah kah kah


Ameno : siap masuk tv3 lagi.. promo najib cool..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...