Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 April 2011

Hot : 1Melayu 1Bumi : kini realiti !

Kalau nak tahu 2 minggu lepas utusan ada bagi idea untuk mewujudkan gagasan 1melayu 1bumi. Rancangan utusan tue bagi aku sendiri memang gila. Buat apa nak 1melayu?Kenapa tidak 1islam?Janganlah asobiyah padahal islam dah larang awal2. 

Tapi aku tak kesah masa tue sbb aku fikir takanlah cadangan bodoh neh ada orang nak amek port? Setakat MCA nak melenting2 pun takde lah aku heran. Pasal MCA tue parti racist. Kalau dah racist [mca] lawan racist [umno] aku dok tepi sudahlah. Tepuk tangan ke. Apa ke. Hehehe.. Tengok gambar kat bawah neh. Petikan utusan ;



Alih2 jangkaan aku tersilap. Cadangan utusan rupanya disambut baik oleh perkasa. Arhh sudah. Biar betul beb. Baca bawah ;


Kalau ini perjuangan perkasa maka aku awal2 lagi tarikdiri. Malas aku nak berpuak2 dengan semangat kebangsaan neh. Aku tahu cinta pada bangsa sendiri [menerima asal usul kita] tidak salah. Contohnya kalau ko orang melayu jawa ko terima diri ko melayu jawa. Janganlah sampai malu nak mengaku ko tue ada keturunan jawa. 

Tapi kalau dah sampai melebih2 bangsa sendiri sehingga melebihi kecintaan kepada islam. Itu baru salah. Aku tak boleh terima. Sudahlah begitu, sampai mengatakan bangsa dia lebih hebat dari mana2 bangsa didunia ini pula. Lagilah melampau macam tue. Contohnya macam perjuangan perkasa neh lah. Apa aim nak buat 1melayu 1bumi? Adakah melayu ini memiliki bumi ini atau apa? Buatlah kempen yang bermanfaat sket.

Cuba lah fikir masalah akidah umat islam ke apa ke pada zaman sekarang. Ada perkasa pernah peduli pasal akidah umat islam? Baca sini untuk baca kes orang islam yang murtad. Cari alternatif macam mana nak pujuk pemimpin2 islam kita untuk laksanakan islam dalam sistem pentadbiran ke apa ke. Biarlah bersatu atas nama akidah. Nak bersatu atas nama bangsa? Boleh. Memang boleh. Itu perbuatan orang kafir. Orang kafir mereka tak kenal islam. Oleh itu mereka tak kenal penyatuan atas nama akidah. Tapi orang islam kenal apa itu islam dan faham apa itu akidah. Kalau sikap yang mengaku islam pun lebih kurang sama macam sikap orang kafir yang tidak memahami hidayah maka apalah yang boleh kita harapkan? 

Haizhh.. malaysiaku semakin rosak dengan agenda racist untuk menjahanamkan perpaduan antara kaum.

Dan perkasa sanggup betul buat demo macam bawah neh. Demi melayu? Yeke demi melayu? Jawablah dengan Allah swt. Jangan esok lusa cakap orang tak ingatkan ye.
Berita penuh disini

Ameno : Psttt.. baca betul2 apa yang dorang tulis tue. Akhbar cina lebih racist? So maknanya dorang pun mengaku lah dorang racist kan? Cuma kurang racist dari mca je kan? Kah kah kah..

Share this

3 Responses to " Hot : 1Melayu 1Bumi : kini realiti ! "

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...