Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 April 2011

Entry panas ! Pakar : Lynas memang bahaya.


Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

 Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.



Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.


Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.

"Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.

"Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” katanya.





Bagi yang masih blur dan tak faham isu di atas, sila baca neh dulu.
Point penting yang anda mesti faham ;

1. Kata pakar, sikit2 memang lah kurang bahaya, tapi kalau sisa radioaktif dah berkumpul lama2 macam bukit, akan menghasilkan akibat/kesan lain.

2. Tiada istilah sisa radioaktif yang selamat. Apa yang ada cuma kurang bahaya. Semua sisa radioaktif adalah berbahaya dan mempunyai paras risiko yang berbeza2.

3. kilang ini adalah 10x ganda lebih bahaya berbanding kes di bukit merah dulu. Maksudnya risiko kepada penduduk setempat juga adalah 10x ganda berbanding apa yang berlaku di bukit merah. Tak silap aku di bukit merah ada melibatkan kes kematian dan pakar luar negara juga sahkan terdapat berlaku kecuaian dari pihak kilang terbabit sehingga membahayakan nyawa penduduk.

4. Kilang ini akan beroperasi bulan 9. Isunya bukan aku orang pahang, ko bkn orang pahang. Aku tinggal di kuantan dan ko bkn tinggal di kuantan. Isunya ialah ia akan membunuh kawan2 kita, ataupun kawan2 kepada kawan2 kita.. ataupun senang cakap saudara mara semuslim dan semalaysia kita di sana. Oleh itu, kita perlu peka dan sokong mereka agar mereka bebas dari bahaya radiasi ini.

Ameno : Pahang suka sangat bagi datuk kepada orang. Pahang ada kasino. Pahang ada menteri yg blh mencarut. Pahang ada piem botak. Pahang juga memegang FAM. Semua pun pahang. Heh.

Share this

6 Responses to " Entry panas ! Pakar : Lynas memang bahaya. "

  1. jgn la perli2 camtue.. bukan saya pilih..deme yg pilih..iskk...camne nie?saudara mara ramai duduk kuantan...tapi semua orang umno..arghhh..keliru..krang cakap karang dia kata dengki sebab politik..che chiter camne nak buat nie?

    Jom anti PAS!!!??
    wanita..menyusahkan?
    Ada apa dengan dara

    BalasPadam
  2. Gua malas nak kata apa pasal gua sudah tulis panjang lebar tentang isu ini tetapi ibarat anjing menyalak bukit. lu kata macam mana pun tak mahunya didengar pasal duk kebulurkan sangat agar syarikat dari Australia melabur kat Pahang sedangkan kerajaan Australia sendiri pun menolak pembinaan kilang tersebut walau pun bahan tersebut di lombongkan di Australia.

    BalasPadam
  3. ohoh...kenapa la wujud lagi makhluk yang buta hati gi undi pemimpin2 haprak neh...aku serius memang tak faham apa yg dok kaburkan mata puak2 neh...undi BN memang rosak segala benda...dosa dowh sape yg dok undi pemimpin lagu neh...maqasid syariat suh kita jaga nyawa, maka sapa yg buta hati undi BN tuh, sila la nginsaf bawak bertobat, boleh bawa dosa neh...walaupun dr dulu lg kalau dok undi depa neh memang bawa dosa pun...tp rakyat malaysia yg kefahaman politik sebelah sana nuh memg tak makan saman...penat kita dok dakwah bagai...Allah dah bagi hidayah pun, kalau wat bodoh-ego taknak terima memg gini ler jadinya...
    harap maklum~~

    blurr ngan masyarakat malaysia yg tak mau paham-paham...

    BalasPadam
  4. Siapa yang memilih pemimpin Pahang sekarang? Rakyat Pahang jugakan.....

    BalasPadam
  5. jgn la perli2 camtue.. bukan saya pilih..deme yg pilih..iskk...camne nie?saudara mara ramai duduk kuantan...tapi semua orang umno..arghhh..keliru..krang cakap karang dia kata dengki sebab politik..che chiter camne nak buat nie?

    Jom anti PAS!!!??
    wanita..menyusahkan?
    Ada apa dengan dara

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...