Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 April 2011

Edisi barang naik : Tarif air melaka naik senyap-senyap.

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.

Antara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (kiri). 

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

"Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.

"Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini," katanya.

Sejak awal bulan ini, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen selepas penggunaan 20 meter padu. Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama. Tarif baru bagi perniagaan pula adalah RM1.80 bagi penggunaan melebihi 100 meter padu.

Susahkan rakyat
Sementara itu, ADUN kawasan Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong, turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang dianggapnya sebagai menyusahkan rakyat.

Menurutnya, beliau difahamkan kuasa menentukan kenaikan harga air berada di dalam tangan pusat.

Bagaimanapun, itu bukan isunya. Isu di sini adalah bagaimana harga air boleh dinaikkan sedangkan rakyat tidak dimaklumkan.

"Ramai yang tidak puas hati kerana tindakan menaikkan harga air ini telah dijalankan secara senyap, seolah-olah untuk mengelak sebarang protes," kata Khoo (kiri).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengesahkan memang terdapat 'penyelarasan' terhadap tarif air.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan sedemikian adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat.



Point penting yang kita mesti faham ;
1. Melaka naikkan tarif air senyap-senyap untuk elak protes rakyat.

La kenapa nak elakkan protes rakyat? Biasalah tue mana ada rakyat suka barang naik. Aku pun tak suka.

2. Tapi sebelum tue kutuk2 kedah dan selangor sebab naikkan tarif air.

Laa aku pikir dok2 kutuk makna nya mestilah tak buat kan kan kan? Kah kah kah

3. Peh tue cakap tindakan tersebut datang dari kerajaan pusat.

Laaa.. semua tahu benda neh. Kat kedah dan selangor pun macam tue juga. Tapi penyokong umno memilih untuk tidak percaya kepada fakta yang tidak memihak kepada mereka je. Kah kah kah..

4. Isu sebenar bukan isu kenaikan meskipun ia membebankan. Isu sebenar ialah kenapa ia dirahsiakan? Bagi rakyat yang taktahu apa2 sudah tentu tak perasan bahawa tarif air dinaikkan secara senyap2.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ini ke dia sikap kerajaan kita?
Dia punya negeri dia kasi naik senyap2 bilang orang takmo aaaaa..
Orang punya negeri dia kasi naik juga tapi dia kasi kecoh 1 dunia..

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

1malaysia kena tipu woittt... 

Ameno : Hehehehe.. salahkan je pusat mmg sah2 pusat salah.. tapi kenapa negeri cam backup keputusan pusat? Itu satu persoalan tue. Kalau tak backup apsal senyap2? Heh.

Share this

2 Responses to " Edisi barang naik : Tarif air melaka naik senyap-senyap. "

  1. naik je.. sebenarrnya naik serba sebi bagus.. melambangkan kemajuan dan kemakmuran negeri melaka, rakyat melaka bersetuju dan kenapa kita marah.. mungkin selepas ini ada 3 lagi eyes of malaysia dinaikkan..dan 5 lagi sekolah anak haram ditubuhkan..semua ini demi pembangunan

    Jom anti PAS!!!??
    koleksi artis seksi dalam majalah mangga
    Ada apa dengan dara

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...