Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Januari 2021

Mungkin PKP Sekali Lagi Walaupun Pasrah Rafizi Kata Rakyat Kini #KalahKalah Kerana Dibuli Politikus.

Rafizi Ramli | Gambaran paling tepat nasib rakyat biasa sekarang ialah #kalahkalah.

Minggu depan mungkin diumumkan PKP (lockdown) sekali lagi.
Saya pasrah dan saya faham, tapi bagi jutaan rakyat seperti saya yang ada tanggungan dan lain-lain; lockdown ada harga yang besar.

Jangkitan COVID semakin di luar kawalan.
Saya faham tidak ada cara lain untuk hadapi keadaan ini kecuali dengan lockdown.

Saya ingat semua akan pandai-pandai sendiri bila ada lockdown sekali lagi, dah faham sangat #kitajagakita.

Tapi bencana ini sepatutnya boleh dielakkan.
Kalau siri curi mencuri kerajaan tidak berlaku sejak Februari, PRN Sabah September lalu mungkin tidak berlaku.Tanpa PRN Sabah, gelombang ketiga COVID tidak berlaku.

Saya pasrah ini ujian dan hanya dengan lockdown ia dapat ditangani.
Tapi giler bengang sebab tak ada seorang pun yang tampil bertanggungjawab.

Memang la ajal tu di tangan Tuhan, tapi gelombang ketiga yang berpunca dari gelojohnya politikus mencetus gelombang kematian yang baru.

Politikus terus curi mencuri kerajaan, yang mati orang biasa (dan juga tikus-tikus).

Buat PKP, PKPB - yang kena saman, denda, penjara -> orang biasa. Menteri lebai berkopiah langgar & membahayakan nyawa orang -> cukup dia bagi dalil dapat kompaun.

Giler bengang.

Pada masa yang sama, ekonomi belum sempat pulih dari PKP pertama. 

Yang hilang kerja punyalah banyak.
Yang muda tak dapat kerja makin banyak.
Menteri dan politikus seorang pun tak hilang kerja. 

Gagal tangani nak jump start ekonomi, sekarang nak masuk PKP kedua. Masa PKP pertama; umum segala jenis bantuan.

Bagi bisnes milik persendirian yang pakai modal sendiri macam saya, satu bantuan dana pun tak dapat. Mohon saja dapat jawapan -> “dana dah habis” 

Subsidi upah pun awal-awal je dapat, lepas tu duit habis.
Bila ada PKP, sentimen ekonomi merudum. Bisnes takut. Duit makin kurang.

Tapi kami tetap kena bayar gaji.

Saya ada 110 kakitangan, jumlah gaji yang perlu dibayar RM500,000+ sebulan.

Dengan sentimen ekonomi merudum, walaupun dah biasa new normal, bisnes pun merudum.

Itu nasib orang biasa macam kita #kalahkalah
Sekarang juak-juak dibawah masih jerit perpaduan Melayu, masih main sentimen perkauman. 

Yang untung besar bos-bos politikus mereka di atas, yang bodoh dan tak dapat apa-apa mereka di bawah. Bila PKP dibuat sekali lagi, mereka yang terkesan. Anak mereka susah dapat kerja.

Harga barang tidak terkawal. Kalau ada kerja, kerja terancam. Kalau bisnes, bisnes merudum.Tapi asal Melayu Isle takpe, walaupun jenis Melayu Isle tu nak kuasa tapi tak ada idea atau kepakaran nak selesai masalah.

Jadi pandai-pandai la jaga diri.

Masalah orang kelas pertengahan macam saya lebih kepada nak pastikan pekerja tak hilang kerja dan lain-lain, paling kurang takde masalah soal makan, belanja bulanan dan lain-lain.

Tapi yang orang kebanyakan, pandai-pandai lah jaga diri sebab bab ni kita #kalahkalah

Tapi memang layak pun kita #kalahkalah sebab kalau di negara lain, kalau gelombang kedua dan ketiga dicetuskan oleh tindakan curi mencuri kerajaan oleh politikus, DAH LUNYAI politikus-politikus tu kena dengan rakyat.

Kat Malaysia takpe, asal Melayu Isle.

Melayu Isle #kalahkalah pun takpe.
Jadi sama-sama tarik nafas yang panjang.

Saya pasrah dan redha melalui PKP sekali lagi. Sekali lagi berdepan dengan risiko gulung tikar (bayar gaji RM500k sebulan, bisnes makin lembap).

Saya pasrah yang orang Malaysia ni jenis tak kisah dan suka dibuli, asal yang buli tu kaum dia ha3.

Pandai-pandai la korang #kitajagakita walau confirm #kalahkalah
Jangan tambah 10kg masa PKP2.0 sudah, memang super #kalahkalah 

Nota : Catatan asal dipetik dari Facebook rasmi Rafizi Ramli.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...