Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Oktober 2020

Pertikaikan Titah Agong, Warganet Kecam Rais Yatim.

POLITIK | Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dato' Rais Yatim dikritik netizens kerana dianggap mempertikaikan titah diraja berkenaan perutusan Istana Negara di Twitternya hari ini.

Rais menulis;

"Baik sekali hebahan nasihat Tuanku YDA ini. Cuma satu perkara amat penting dari segi per 40(1A) Perlembagaan telah tercabul. Kenapa Peguam Negara tidak menimbulkan bahawa peruntukan mandatori per 40 telah diketepikan? Ini kan tonggak Raja Berperlembagaan?," tulisnya dalam kenyataan itu.

Sejurus membuat kicauan tersebut, netizens kemudiannya membalas kenyataan Rais adakah beliau sedang mempertikaikan keputusan YDPA dan Majlis Raja-Raja berhubung pengisytiharan darurat.

Malahan ramai diantara mereka turut 'sekolahkan' Rais Yatim bahawa dalam perlembagaan setiap fasal harus dibaca dengan fasal yang lain.

Bermakna jika membaca fasal 40(1A) harus dibaca dengan fasal 150(1) dan 150(2). 

Sebagai rekod, kabinet PN memutuskan untuk melaksanakan perintah darurat namun ianya ditolak Yang Dipertuan Agong sekaligus menolak dakwaan kononnya kedudukan monarki di Malaysia adalah sekadar RUBBER STAMP seperti tanggapan umum.

Kabinet membuat keputusan tersebut pada Jumaat dan Agong berkata baginda akan memberikan keputusan selepas selesai bermesyuarat dengan Raja-Raja Melayu.

Dalam tempoh menunggu, penyokong PN dan juga kerajaan PN telah membuat pelbagai hebahan dan penerangan tentang darurat dan kebaikannya kepada rakyat.

Meskipun begitu, Najib dan barisan penyokongnya serta pro UMNO dilihat menolak darurat. Satu-satunya pemimpin UMNO yang dilihat pro kepada pengisytiharan darurat, ialah Tan Sri Annuar Musa apabila membuat beberapa kenyataan yang condong kepada darurat untuk mengelak PRK, PRN dan PRU15 dalam masa terdekat sehinggalah covid19 berjaya dibendung.

Bagaimanapun PN dan para penyokongnya membuat pusingan U selepas YDPA menolak permohonan darurat. - 26 Oktober 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...