Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Oktober 2020

Nasihat Untuk UMANY, Berhenti Merosakkan Imej Aktivis Pembangkang.

SOSMED | Kumpulan University Of Malaya Association Of New Youth - UMANY buat hal lagi. Kali ini mereka menasihati AGONG untuk tidak masuk campur dalam urusan negara.


Langkah ini dipercayai dibuat atas tujuan nak menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, tetapi ternyata makan diri mereka semula. 


Sebaik sahaja UMANY mengeluarkan kenyataan itu, halaman mereka diserang bertalu-talu oleh netizens. Tak tahan dikecam agaknya, akhirnya halaman FB UMANY hilang dari radar. Ingatkan kental sangat. 


Dalam kenyataan itu, UMANY berkata YDPA mempunyai kuasa atas tiga perkara sahaja iaitu;

1. Melantik individu yang diyakini mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.

2. Menolak pembubaran Parlimen.

3. Memanggil Raja-Raja bermesyuarat.

Dalam ertikata lain, UMANY berpendapat Istana Negara tak ada hak mengulas mengenai bajet 2021.

STAND WITH THAILAND KONON. BARU KENA KECAM KAT FB TERUS CABUT..


UMANY sebenarnya tak faham. Istana Negara memberikan seruan supaya Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bekerjasama demi kebaikan rakyat sementara kita menghadapi wabak covid19. 

Bukannya boleh dilihat sebagai campurtangan. Lebih kepada nasihat dan peka dengan situasi semasa.

Apa yang anehnya ialah PH sendiri bersetuju tetapi UMANY pula berlebihan.

Sebagai rekod;

- Semua parti pembangkang menghormati titah AGONG dan telah pun memulakan langkah pertama dengan menyeru kerajaan libatkan penyertaan Ahli Parlimen PH dalam bajet 2021.

2. Sehingga kini PN belum respon terhadap langkah PH.

3. Sementara itu Rais Yatim persoalkan penolakan terhadap darurat.

4. Terdapat seorang peguam juga menyaman kerajaan kerana AGONG menolak pengisytiharan darurat - lawak apekah ini? Yang pro darurat ini PPBM bersama PAS dan team UMNO yang menyokong Annuar Musa dan Hishammuddin Hussein. Manakala Zahid dan Najib adalah team UMNO yang menolak darurat.

5. Dan hari ini PM membayangkan seolah-olahnya perlunya darurat bagi mengelak negara mengadakan PRK dan PRN Sarawak.

Ini bermakna, walaupun AGONG menolak darurat kerana mementingkan rakyat, kerajaan tak semestinya telah menghentikan langkah tersebut.

Daripada UMANY sibuk nak menasihati AGONG, eloklah UMANY menasihati kerajaan kenapa kita tak perlu darurat buat masa kini. Selain itu, meskipun AGONG menasihati agar semua pihak sokong bajet 2021, ia bukanlah bermakna AGONG suruh sokong melulu.

Telah menjadi amalan sejak dulu setiap pembentangan bajet datang dengan perbahasan. Ini bermakna setiap ahli Parlimen tetap ada ruang membahas usul. Kenapa nak bayangkan titah AGONG seolahnya kena sokong dan tak boleh bahas?

Itulah pentingnya fasih BAHASA MALAYSIA. Entah apa yang mereka faham mengenai kenyataan Istana Negara agaknya sampai kalut nak keluarkan kenyataan bodoh. - 31 Oktober 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...