Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Oktober 2020

Implikasi Surat Zahid Samada Palsu Ataupun Sahih.

POLITIK | Pada 17 Oktober 2020 terdapat beberapa pihak telah menyebarkan surat yang kononnya merujuk kepada sokongan Zahid dan Najib ke atas Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi Perdana Menteri ke 9.

Surat itu bertarikh 11 Oktober, ditujukan kepada Yang Dipertuan Agong dan menyatakan;

-  UMNO menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional

- UMNO menyokong Anwar sebagai PM9 sehingga tamatnya penggal PRU14.

- Ini juga untuk mengelakkan Parlimen dibubarkan kerana masalah covid19.

- UMNO menyatakan pendirian sedemikian sehingga berlakunya pilihanraya umum ke 15.

- UMNO menyatakan pendirian tersebut kerana mengambilkira keresahan ahli UMNO yang tidak senang bekerjasama dengan PPBM.

Ini apa yang berlaku pada 17 Oktober;

- Pada awalnya ia disebarkan oleh portal Malaysia Now. Terdapat beberapa pihak yang mengaitkan portal tersebut sebagai pro kartel. Bagaimanapun ia perlu disahkan.

2. Kemudiannya dipetik oleh portal berita tempatan.

3. Kemudiannya kumpulan yang dilihat condong kepada Azmin menyebarkan surat-surat tersebut.

4. Kemudiannya ia dimainkan oleh netizens samada pro PH ataupun pro PN.

5. Selepas itu, sumber Zahid menafikan surat tersebut dan berkata ia adalah surat palsu. Ia turut dinafikan oleh anak perempuan Zahid, Nurul Hidayah dan beberapa pihak yang lain.

5. Sumber Najib turut membuat kenyataan yang sama. Bahawa surat tersebut adalah palsu.

6. KJ menerusi Story IG dia pula mempersoalkan surat tersebut dan berkata beliau tidak terlibat sebagai MP UMNO yang menyokong Anwar sebagai PM.

7. Perkara yang sama turut dilakukan Hishammuddin Hussien menerusi Facebooknya, dimana beliau menafikan menyokong Anwar sebagai PM. 

Pada 18 Oktober, lebih ramai yang tampil menyatakan surat tersebut adalah palsu.

Pada 19 Oktober, Pemuda PKR menyeru Zahid menyatakan pendirian samada menafikan atau mengesahkan surat tersebut tanpa menggunakan sumber, ini kerana setakat ini tiada lagi jawapan langsung dari Zahid yang menafikan surat tersebut. 

Pada 20 Oktober, terdapat dua NGO yang menggunakan nama Gerak Maharela Malaysia dan Seni Silat Jurus Rentak Makrifat membuat laporan polis bagi tujuan menyiasat surat tersebut kerana bimbang ia memberikan kesan terhadap institusi beraja di Malaysia memandangkan ia surat yang mempergunakan nama Agong.

Timbul persoalan lain;

- Oleh kerana surat itu palsu, maka sewajarnya UMNO membuat laporan polis terutamanya terhadap pihak yang menyebarkan surat tersebut kerana menfitnah UMNO.

- Tanpa laporan polis, penafian itu dianggap acah-acah, mungkin bertujuan untuk melemahkan serangan ke atas UMNO. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan secara rambang di sosial media, ramai yang menyerang UMNO ialah mereka yang pro PN dan boleh terima PPBM. 

- Jika diperhatikan pihak yang paling teruk terkesan dalam penyebaran surat palsu itu adalah UMNO dan PKR, terutamanya Anwar, Zahid dan Najib yang mana secara kebetulannya ketiga-tiga ini ada musuh yang sama.

Bagaimana jika surat itu tulen?

- Ini lebih bahaya lagi. Kerana surat tersebut ditarifkan sebagai SULIT dan ditujukan kepada YDPA.

- Pihak yang menyebarkan surat itu dianggap telah sabotaj kepada kerahsiaan Istana Negara dan sudah tentu ini akan membabitkan imej YDPA secara langsung ataupun tidak secara langsung.

- Tetapi boleh jadi ia adalah salinan yang terdapat di pejabat UMNO, maka ia tak boleh dirumuskan sehinggalah dilakukan penyiasatan terperinci.

Samada palsu ataupun tulen, sememangnya ia perlu disiasat. Ia memberikan implikasi yang tidak baik kerana terdapat pihak yang cuba mengheret Istana Negara dalam permainan politik. 

Kalau hari ini surat palsu, esok lusa apa lagi yang cuba dilakukan dengan mempergunakan nama YDPA. Cukuplah ahli politik bergaduh sesama mereka. Buat apa nak mengheret institusi beraja pula. - 20 Oktober 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...