Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 28 Ogos 2020

Zuraidah Nafi Terlibat Direct Nego Bagaimanapun Teruk Dikecam Netizens.

POLITIK | Hari ini Menteri KPKT Zuraidah Kamaruddin telah membuat penafian bahawa dirinya terbabit dalam kelulusan dua tender rundingan terus semasa zaman Pakatan Harapan. 

Zuraidah berkata kelulusan berkaitan keputusan tender telah diputuskan oleh Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu.

Penafian Zuraidah itu bagaimanapun tidak dapat menyakinkan netizens yang membuat ulasan di ruangan komen post tersebut.

Wujud atau tidak perbincangan formal dengan KPKT.. - Hassbi

Jadi KPKT la yang bentangkan kertas cadangan secara formal - Embrose Rahman
Lim nasihatkan suruh bentang pada KPKT tak akan tak tahu boleh tolak atau batal? - Ameen Mashudi


Makcik makan gaji buta selama 22 bulan - Bok Yang Gue


Ini adalah penafian lengkap Menteri KPKT;

Semalam saya telah memaklumkan bahawa saya akan menyiasat tuduhan daripada pihak pembangkang Pakatan Harapan berkenaan dua projek yang dianugerahkan secara Rundingan Terus oleh KPKT.

Seperti yang dijanjikan, siasatan telah dijalankan dan kini saya umumkan penemuannya. Projek yang dimaksudkan ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin (bernilai RM170,294,400.00) dan Sistem Perisian Perakaunan Century (bernilai RM501,206.37).

Saya dengan ini mengesahkan bahawa Rundingan Terus tersebut telah dijalankan oleh mantan Menteri Kewangan sendiri, YB Lim Guan Eng.

Ini bertentangan sama sekali dengan permainan fakta yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pembangkang Pakatan Harapan yang menuduh bahawa Rundingan Terus projek sisa pepejal Taman Beringin dimulakan oleh kementerian saya.



Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah, Tamrin Tun Ghaffar, yang merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan telah mewakili syarikat tersebut bertemu dengan Mantan Menteri Kewangan pada 28 November 2018. Pada pertemuan inilah Lim Guan Eng, bukan sahaja membincangkan tentang rundingan semula projek ini malah bersetuju untuk mengurangkan kos tipping fee 10% lebih rendah daripada kos asal, kononnya sebagai penjimatan untuk kerajaan.

YB Lim Guan Eng kemudian menasihatkan Bumi Segar Indah untuk menghubungi KPKT bagi membentangkan kertas cadangan formal. Seterusnya, projek tersebut diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah YB Lim Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT.

Begitu juga projek perisian Century yang turut melibatkan 5 Kementerian lain, turut diluluskan Kementerian Kewangan.
Saya berharap, pada masa hadapan pemimpin Pakatan Harapan dapat membuat sedikit penyelidikan tentang fakta sebelum mengelirukan orang awam.



Hajah Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
- 28 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...