Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 28 Ogos 2020

Naib Presiden UMNO Puji Tindakan MIC Keluar Gabungan PN.

POLITIK | Malaysian India Kongres - MIC mengumumkan parti itu keluar dari gabungan PN berkuatkuasa 24 Ogos sepertimana tarikh surat yang tular di sosial media pada Rabu.

Menurut Setiausaha Agong MIC, Datok M. Asojan pada awalnya MIC bersetuju menyertai Perikatan Nasional dan bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja kerana beranggapan UMNO dan Barisan Nasional akan menyertai Perikatan Nasional.

Namun UMNO mengumumkan parti itu tidak akan menyertai PN pada 29 Julai yang bermakna keputusan mesyuarat MIC pada 10 Julai dinyahpakai.

Tindakan MIC tidak menyertai PN itu turut mendapat pujian penyokong UMNO tegar di laman sosial malah Dato Seri' Muhammad Khaled Nordin yang juga bekas Menteri Besar Johor turut menzahirkan ucapan tahniah.

"Tahniah MIC kerana membuat keputusan tepat tidak menyertai dalam pendaftaran PN. PN yang parti terasnya adalah Bersatu, apabila memutuskan untuk membuka keahlian pada semua kaum sebenarnya tidak memerlukan MIC mahupun MCA.

Lagipun sebagai parti antara yang terawal dalam komponen BN, wajar MIC bersama UMNO dan MCA terus memperkasakan BN seperti saranan Presiden UMNO. Ini kerana BN jenama yang telah teruji," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya.

Malah Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO itu sempat memerli PPBM dalam kenyataan tersebut.

"Dulu curi Ahli Parlimen, sekarang nak umpan parti gabungan BN pula," katanya lagi.

Sungguhpun begitu, perasaan Khaled Nordin itu nampaknya tidak selari dengan pengikutnya di Facebook. 

Kebanyakan komen di post itu nampaknya tidak bersetuju dengan kenyataan Khaled Nordin dan beranggapan BN tidak belajar dari sejarah kekalahan PRU ke 14. - 28 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...