Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Ogos 2020

"Tak Ada Sesiapa Kebal Undang-Undang," Kata Penasihat PM.

VIRAL | Meskipun ayatnya sangat ringkas tetapi ramai percaya kenyataan Dr. Jemilah Mahmood itu ditujukan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Kenyataan Penasihat Kesihatan PM itu dipetik menerusi Twitter rasminya pada Selasa dan menjadi tular sejak itu.

    Twitter Dr. Jemilah Mahmood

"No one should be above the law. Period," kata Penasihat Khas PM itu.

Sebelum ini Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikecam kerana melanggar arahan kuarantin 14 hari selepas pulang dari Turki bersama ahli keluarganya.

Bukan hanya Dr. Khairuddin dipersoalkan kerana tidak menjalani kuarantin, malahan kini netizens mula mempersoalkan samada ahli keluarga yang bersama-sama Ahli Parlimen Kuala Nerus ke Turki itu ada menjalani perintah kuarantin 14 hari ataupun tidak.

Dalam perkembangan berkaitan, penyokong PAS dilihat membela tindakan Dr. Khairuddin atas alasan;

1. Belum keluar arahan kuarantin wajib 14 hari semasa Menteri pergi ke Turki (sebenarnya arahan kuarantin wajib ada. Pada awalnya self-kuarantine di rumah tetapi kerana ramai yang langgar maka ia ditukarkan kepada kuarantine di pusat).

2. Dr. Khairuddin disahkan negatif dan khidmatnya diperlukan kerana bertaraf menteri.

Bagaimanapun lebih ramai yang mengecam dan mengkritik menteri itu dan menolak alasan-alasan yang dikemukakan oleh penyokong Dr. Khairuddin.

Sementara itu Dr. Khairuddin menafikan penutupan sebuah masjid di Kuala Nerus ada kaitan dengan kesnya. Menteri itu turut dipetik sebagai berkata, beliau akan bertanggungjawab dan akur dengan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM mengenai tindakannya.

“Tunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan tunggu saja kenyataan termasuk keputusan rasmi ujian Covid-19 KKM.

"Sebagai menteri kabinet yang bertanggungjawab, saya akan akur dengan apa jua kenyataan dikeluarkan KKM,"
katanya dalam kenyataan itu. - 20 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...