Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 November 2019

Gagal Dakwa Pembunuh Adib, Peguam Negara Perlu Letak Jawatan - Nik Abduh.

Kenyataan Media | PEGUAM NEGARA PERLU LETAK JAWATAN

1. Saya telah membangkitkan isu ketidaklayakan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 Peringkat Jawatankuasa semalam.


2. Saya telah menyebutkan bahawa Peguam Negara sehingga ke hari ini masih gagal memulakan pendakwaan terhadap pembunuh Allahyarham Adib meskipun setelah hampir tiga bulan selepas Mahkamah Koroner Shah Alam mengesahkan Allahyarham Adib telah mati dibunuh.

3. Adakah siasatan polis masih belum lengkap atau pihak Peguam Negara sendiri sengaja melengahkan pendakwaan tersebut seolah-olah menggambarkan beliau sendiri mempunyai agenda berkepentingan dalam kes ini?

4. Seterusnya, beliau juga telah menerima kritikan langsung daripada pihak Hakim Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues terhadap kematian Allahyarham Adib.

5. Ini telah disebutkan dalam penghakiman Mahkamah Koroner Shah Alam yang menjelaskan tindakan Peguam Negara campur tangan dalam inkues sebagai "menyalahi prinsip perundangan", bersifat "subjudis" selain menganggap inkues hanya sebagai "permainan wayang" dan "rubber stamp".

6. Justeru, sewajarnya kesemua justfikasi ini menguatkan lagi desakan supaya Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara. Jelas beliau tidak lagi ada kredibiliti untuk jawatan yang penting dalam negara ini.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Bachok

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...