Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 November 2019

Azmin Tak Bayar Hutang Percutian - Apa Yang Kita Faham Setakat ini.

POLITIK | Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, didedahkan gagal membayar hutang percutian mewah sepertimana yang tersiar menerusi laporan portal Sarawak Report dan Malaysiakini semalam.


 
Azmin didakwa melakukan kesalahan itu ke atas salah sebuah agensi pelancongan tempatan di antara September 2018 sehingga Jun 2019.

Dan berikut adalah butiran kes sepertimana yang dipetik dari beberapa laporan media dalam dan luar negara;

1. Azmin berhutang ke atas agensi pelancongan - YHA Travel & Tours. Writ Saman Tuntutan itu telah difailkan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dan akan didengar pada 3 Disember ini.

2. Hutang yang tidak dibayar itu berjumlah RM328,901.

3. Azmin berhutang bagi perjalanan antara September 2018 dan Ogos 2019, yakni bagi tempoh 6 bulan.

4. Mengikut tuntutan tersebut, YHA Travel & Tours telah menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan kementerian. 

5. YHA Travel & Tours juga mendakwa pihak syarikat telah membayar kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu bagi mendapatkan tiket dan sepatutnya akan dibayar kemudian oleh Azmin atau wakilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan. Mereka telah menjalin kerjasama perniagaan selama 20 tahun, disebabkan itu adalah mudah bagi YHA Travel & Tours untuk mempercayai yang Azmin sepatutnya membayar selepas menggunakan khidmat mereka.

6. Antara lain, Azmin didakwa menempah tiket kelas pertama dan menginap di resort mewah semasa berkunjung ke Mahgribi - gambar percutian ini pernah tular suatu ketika dahulu di laman sosial kerana bertemu dengan Hishamuddin Hussien dan didakwa mempunyai perancangan sulit.

Sebagai rekod, Hishammuddin Hussien, Azmin Ali, Redzuan Yusof dan Hamzah Zainuddin adalah empat nama yang dikaitkan dengan kerajaan pintu belakang. Kerajaan pintu belakang ini dikatakan untuk menyingkirkan DAP dan Amanah dari pentadbiran pusat dan membawa masuk BN dan PAS ke dalam kerajaan seperti dalam laporan The Malaysian Insight dan Malaysiakini yang tersiar pada Oktober 2019.

Selain itu, YHA Travel & Tours juga mendakwa telah menempah dan membiayai perjalanan Azmin ke Sandakan, dimana lawatan Azmin ke sana dikaitkan dengan rakaman video kontroversi.

7. YHA Travel & Tours turut mendakwa, pada bulan Ogos dan September lalu, pihak syarikat telah menghantar notis bagi menuntut pembayaran bagaimanapun tiada sebarang pembayaran dibuat ke atas syarikat itu. Tidak dapat dipastikan samada notis dihantar terus kepada Azmin atau wakilnya atau kepada Kementerian.

8. Disebabkan itu juga syarikat, plaintif dalam kes ini, telah mengalami kerugian dan kerosakkan. 

9. Sarawak Report melaporkan dalam penyataan Statement Of Claim mendakwa Azmin menanggung kos perjalanan keenam-enam anaknya termasuklah pasangan mereka walaupun telah dewasa.

10. Hampir RM100,000 dibelanjakan bagi menanggung percutian yang disifatkan mewah, anak Azmin yang baru berkahwin, Ameer Shazrin bersama pasangannya, Mazreen Shahnim, ke beberapa lokasi antaranya, Marrakech, London dan Geneva tulis portal itu lagi.  

11. Bil ini tidak termasuk hotel dan perbelanjaan lain yang terlibat dalam perjalanan ini yang boleh menimbulkan kos lain yang lebih tinggi. Azmin dikenali sebagai seorang yang gemar tinggal di hotel mewah seperti Claridge di UK yang kos semalam boleh mencecah RM4,500 menurut laman sesawang mereka, tulis Sarawak Report

12. Sarawak Report juga mendakwa menerima maklumat dari agensi YHA Travel & Tours bahawanya, bil berjumlah RM300,000 lebih itu tidaklah terlalu tinggi bagi keluarga Azmin Ali berbanding dari apa yang sering dibelanjakan oleh keluarga ternama itu.

13. "Namun begitu, apabila ditanya sama ada bil bejumlah RM300,000 itu terlalu tinggi, menurut YHA, jumlah tersebut tidak pelik dari skala jumlah yang telah dibelanjakan mereka sebelum ini.

Menurut maklumat, perbelanjaan Menteri tersebut mencecah sehingga 1 juta ringgit setahun dan sebelum ini telah dijelaskan oleh orang ketiga dengan tunai,"
lapor portal itu.

14. Bagaimanapun orang ketiga yang didakwa menanggung kos perjalanan keluarga Azmin tidak dinamakan dalam laporan itu.


15. Dalam perkembangan berkaitan, Azmin Ali dilaporkan berjanji akan membayar bil perjalanan termasuk tiket penerbangan dan penginapan hotelnya yang tertunggak bagaimanapun perlu melihat dan menyemak writ tuntutan bayaran itu terlebih dahulu. 

16. Ketika ditanya kenapa agensi pelancongan itu membuat tuntutan melalui mahkamah memandangkan mereka telah bekerjasama hampir 20 tahun lamanya, Azmin berkata tidak tahu dan soalan itu sepatutnya ditanyakan kepada agensi berkenaan. - 6 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...