Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 Ogos 2019

PPBM Tak Layan Aduan Meskipun Dah Tunjuk Bukti Pemimpin Songlap Lembu Korban.

POLITIK | Tiada tindakan diambil meskipun aduan berserta bukti dikemukakan kepada PPBM menjadi punca kepada AJK PPBM Bagan Dato membuat laporan SPRM.



Free Malaysia Today melaporkan;


☆ Kes berlaku pada tahun lepas, ketika umat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha.

☆ 3 ekor lembu disumbangkan oleh Menteri Besar Perak, Faizal Azumu. 2 darinya telah dijual dengan bayaran RM5,000 setiap ekor.

☆ Aduan telah dilakukan pada Januari 2019 selepas mendapat bukti dan rakaman suara.

☆ Bagaimanapun PPBM tidak mengambil apa-apa tindakan bagi menyelesaikan kes berkenaan setakat ini.

☆ Bagi mengelak kejadian sama berulang lagi, 4 AJK PPBM Bagan Dato telah membuat laporan SPRM.

☆ Mereka yang terlibat menjual lembu korban ialah;

- Ketua PPBM Bahagian Bagan Dato = Abdul Malik Karim
- Timbalan Ketua Bagan Dato = Mohd Robion Bandi @ Ali Bandi
- Naib Ketua = Zul Azni Kamirin

☆ Ketika mengulas isu berkenaan, MB Perak Peja mengatakan beliau kesal dengan tindakan 3 pemimpin PPBM Bagan Dato yang telah menyeleweng lembu yang disumbangkannya pada tahun lepas. Laporan mengenai insiden itu juga telah dibuat kepada pihak polis semalam menerusi Setiausaha Politiknya.

☆ Bagaimanapun apa yang menjadi persoalan ialah kenapa perkara itu gagal diselesaikan di peringkat parti sahaja?

☆ Kenapa ketika 4 AJK Bagan Dato membuat aduan dan laporan peringkat parti, aduan tersebut TIDAK DISIASAT?

☆ Bukankah ini bermakna adanya tangan-tangan atasan yang melindungi pimpinan PPBM yang melakukan kesalahan dan penyelewengan?

☆ Bukankah ini juga bermakna 'sistem disiplin' PPBM bermasalah dan korup sehinggakan 4 AJK PPBM perlu mendedahkan perkara memalukan parti itu secara terbuka dan menuntut keadilan menerusi SPRM?

☆ Andaikata unit tatatertib PPBM ataupun PPBM Perak memainkan peranan dengan tepat, telus dan berintergriti, sudah tentu mereka boleh menyelesaikan aduan secara dalaman. Memecat keahlian, meminta mereka memulangkan wang tersebut dan sebagainya.

☆ Akhirnya PPBM akan dipuji telus, bersih dan amanah kerana anggota ataupun pimpinan yang buat masalah seperti salahlaku dan penyelewengan pun mereka tak bagi muka dan hukum sewajarnya.

☆ Bagaimanapun itu tidak berlaku, lebih teruk 4 AJK ini perlu lari dan meminta pertolongan cemas dari SPRM dan media.

☆ Itu baru kes curi lembu. Bagaimana jika itu bukan satu-satunya masalah yang PPBM tutup bawah karpet, bagaimana?

Fikir-fikirkanlah. - 8 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...