Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 Ogos 2019

Menjawab Fitnah Perobohan Replika Buku Atas Bangunan DPB (Bukannya Rehal)!

POLITIK | Sejak semalam sesetengah netizens mempersoalkan kewajaran tindakan JKR merobohkan binaan buku atas bangunan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Mereka menamakan binaan itu sebagai rehal. Hakikatnya bukannya rehal. Kekeliruan itu timbul disebabkan notis makluman dari pihak DBP sendiri yang menamakan binaan tersebut sebagai rehal.

Rujuk :


Faktanya :



 
Ia adalah buku. Penerangan dan maklumat lengkap pembinaan (blueprint) bangunan tersebut boleh didapati dari Dewan Bahasa Dan Pustaka itu sendiri dengan tak menafikan sesetengah pekerjanya pun tak faham binaan atas bangunan DBP itu adalah buku dan bukannya rehal.

Ada yang menyebarkan persepsi dan sangkaan jahat. Kononnya rehal dirobohkan adalah kerana anti Islam, anti simbol Islam dan didalangi oleh pihak tertentu (sebenarnya nak salahkan DAP);

 
Hakikatnya ia mengalami kerosakan yang sangat teruk dan serius dan boleh membahayakan keselamatan pekerja dan orang awam yang melalui kawasan tersebut;





Apabila bukti-bukti kerosakan diberi, mereka mempersoalkan pula kenapa tak baiki? Masa bina bukannya guna modal dua posen.

Eh, ini respon jurutera yang terlibat. Diulangi, jurutera yang terlibat dalam projek perobohan/tanggalan binaan buku (bukannya rehal okay) dari bangunan DBP itu;

 
Lagi;

Jelas?

Masih tak jelas, sila baca ini dulu;

Hafidzan Idris : Hari ni kecoh pasal isu Replika Buku/Rehal di atas bangunan DBP nak DIROBOHKAN.

Dan saya terpanggil untuk menulis disebabkan jabatan saya JKR dilibatkan dalam isu ini. Dan saya juga telah mendapat pendapat dan cerita dari orang yang berautoriti.

Ketepikan dahulu berkenaan fikrah siasah kita. Lihat isu ini dari sudut ilmu.

Struktur tersebut telah disahkan tidak selamat oleh sahabat-sahabat saya yang pakar dalam bidang struktur. No political influence. Keputusan dan dapatan mereka berdasarkan takrifan kejuruteraan.

Dikhuatiri jika struktur tersebut tidak DITANGGALKAN, ia akan berisiko tercabut dan jatuh.

Bab rekabentuk atau isu penyenggaraan saya tak boleh komen kerana saya tiada maklumat. Justeru tidak perlu diulas takut-takut ia menjadi fitnah. Dah le amalan pun bukan banyak lepas tu pandai-pandai ulas.. Jadi fitnah nanti 😅✌️

JKR sebuah institusi yang profesional dan melaksanakan tugas dengan penuh berprinsip.

Tidak salah untuk berpolitik tapi biarlah iman dan ilmu yang memandu fikrah bukan emosi dan nafsu amarah...

Jelas ia adalah isu keselamatan dan kejuruteraan bukannya politik.

Mungkin istilah yang digunakan itu kurang tepat. Molek jika kita gunakan perkataan DITANGGALKAN daripada perkataan DIROBOHKAN.. 😊


-------

Dah faham kan? Ia bukan agenda DAP nak mansuhkan lambang Islam. Ia agenda jurutera, JKR dan DBP nak pastikan persekitaran yang selamat untuk semua. - 10 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...