Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Jun 2019

45,000 Pekerja Pembersihan Hilang Kerja Serta Merta Adalah Salah Tun Mahathir.

BAWANI KS | Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penyebab utama 45,000 pekerja pembersihan hilang kerja!
 

 
Bukan 1, bukan 2 tapi 45,000 pekerja pembersihan sekolah di seluruh Malaysia!

Mereka dibuang kerja dengan begitu kejam hanya notis 24jam!

Mereka menitis air mata hilang punca pendapatan!

Majoriti sudah berusia tiada siapa sanggup bagi mereka kerja lagi!

Ini semua adalah kerana Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir!

Kerana Tun Dr Mahathir pada tahun 1990an pekerja kerajaan ditukar jadi pekerja swasta!

Kerana Tun Dr Mahathir sistem kerja tetap ditukar menjadi sistem kontrak!

Kerana Tun Dr Mahathir pekerja hilang segala hak dan keistimewaan mereka!

Kerana otak neo-liberal Tun Dr Mahathir kroni-kroni kontraktor besar terus kaya raya!

Sebelum diswastakan setiap tahun pekerja naik gaji, ada bonus, ada epf socso, kerja 8jam & macam-macam faedah!

Lepas diswastakan walau kerja 20 tahun sekali pun kerja yang sama di tempat kerja sama tapi dengan perkataan "kontrak" semua faedah dirampas!

Secara terang-terang pekerja ditindas, dianiayai, dicabuli hak mereka kerana sistem kontrak!

Pada 1 Mei 2019 Tun Dr Mahathir cakap kerja 3D lebih baik daripada menganggur.

Tapi 31/05/2019 Tun Dr Mahathir adalah punca sebenar 45,000 pekerja pembersihan sekolah dibuang kerja.

Kerana penswastaan dan sistem kontrak yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir punca sebenar para majikan begitu berani lari daripada tanggungjawan sebenar mereka yang terkandung di bawah undang-undang Akta Kerja.

Sudah 14 hari, 45000 pekerja pembersihan hilang kerja Tun Dr Mahathir terus membisu tanpa suara, tapi isu sex dan skandal boleh komen dengan begitu cepat!

Semua pihak termasuk Kementerian Sumber Manusia Malaysian Trade Union CongressSuruhanjaya Hak Asasi Manusia masih duduk berdiam walaupun 45,000 keluarga sedang merana tanpa kerja.

Selagi Malaysia baru tidak hapuskan penindasan dari kerajaan sebelum ini selagi itu kerajaan ini bukan untuk rakyat.

#hapuskansistemkontrak
#Kerjatetapbukankerjakontrak
#Kembalikansiatemkerjatetap

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...