Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Mei 2019

Setahun PH : Syukur PAS Keluar PR..

Muhammad Shafiq | Black 905 dan Black 505.
 
PRU-13 pada 5 Mei 2013 adalah Black 505.
PRU-14 pada 9 Mei 2018 adalah Black 905.

 

Aku antara mereka yang terlibat pada perhimpunan "Black 505" di Stadium Kelana Jaya anjuran Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan PAS). Penuh dengan lautan manusia sampai melimpah dijalan raya. Sejurus balik aku melobi di FB dan Blog tentang "konon" adanya kebobrokan dan penipuan yang berlaku semasa PRU-13 >> https://bit.ly/2VSbLxu termasuk pengundi hantu, blackout, wujud lebihan kotak undi dan kertas undi yang ditanda. Tetapi kini selepas Black 905 terbukti semuanya adalah penipuan. Alhamdulillah PAS akhirnya keluar dari Pakatan ini. Maka wujudkan pakatan baru yang kelak memberi kesan yang sangat besar pada Malaysia.

Kini genap 1 tahun Pakatan Harapan (PH) (PKR, DAP, PPDM, AMANAH, WARISAN) memerintah selepas setelah mereka menang pada PRU-14. Tiada satu individu pun ditangkap dari SPR, tiada lagi isu pengundi hantu, tiada lagi isu blackout atau yang dibawa ke muka pengadilan. Kebanyakkan usaha yang lampau adalah sia-sia kerana termakan umpan yang tidak berbaloi. Jika anda melobi persepsi demi kebaikan berpanjangan di masa hadapan dan demi mengelakkan perkara yang lebih mudarat maka ianya berbaloi. Jika tidak ianya suatu penyesalan dan sia-sia, inilah sesuatu yang perlu disedari oleh semua penyokong PH.

Lihat pada ekonomi sekarang, negara rugi berbillion kerana pelabur membawa wang keluar dari Malaysia, aset negara susut nilai, syarikat dibawah kelolaan GLC dijual, kos sara hidup makin meningkat walaupun ditukar pada SST dimana cukai ini menurunkan pendapatan negara lebih 50% dan membenarkan peniaga untuk lari daripada membayar cukai.

Hutang negara yang dahulunya RM680 billion menjadi RM780 billion ditambah dengan samurai bon dari Jepun, peningkatan hutang negara yang drastik dalam masa beberapa bulan sahaja, pengangkutan awam seperti ECRL dan LRT3 yang diturunkan spesifikasi dan dipanjangkan lagi masa pembinaan, korupsi yang masih berlaku seperti kes terowong, banglo, kroni, dan nepotisme tidak berjaya diselesaikan.

IHH yang dijual, krisis tabung haji berserta dividen tahun ini yang paling rendah dalam sejarah. Axiata (Celcom dan Digi) kini bukan milik negara ianya telah berpindah milik ke syarikat Telenor daripada Norway yang memegang saham majoriti dan banyak lagi kesan mudarat yang besar terjadi pasca 9 Mei 2018.

Maka kerana itulah tarikh ini digelar Black 905.

Tiada kebaikan yang besar atau signifikan lagi yang dilihat pada kerajaan sekarang. Tiada tanda-tanda ekonomi akan pulih. Tiada harapan lagi masalah ketegangan kaum dan agama akan berkurangan. Semakin hari semakin banyak isu yang timbul. PH hanya menunding jari pada perpaduan UMNO-PAS.

Dulu dituduhnya BN jual negara pada China, tetapi kini PM tidak sampai setahun sudah dua kali ke China merayu memulihkan hubungan dua hala yang dirosakkan sendiri oleh mereka. Mengambil kredit atas usaha kerajaan BN seperti pembinaan Bandar Malaysia, projek Melaka Gateaway, Projek Lynas. Mengkaji semula projek-projek mega dan mengadakan perjanjian baru yang merugikan.

Akhirnya kita (rakyat) ditipu. Akhirnya kita yang merasa susah. Akhirnya kita yang rugi. Kepimpinan yang rapuh dibawa oleh PM pada ketika ini yang dibarisi kabinet yang bersijil palsu membuatkan pertahanan negara dan kuasa ketenteran kita lemah, menarik diri dari blok negara Islam yang diketuai Arab Saudi, mengeruhkan hubungan dengan negara ahli sunnah waljamaah dan mewujudkan hubungan dengan negara syiah. Ini memberi impak yang besar pada hala tuju sebenar ATM, kini Thailand tanpa halangan akan membina terusan di segenting kra, selatan Thailand. Dek kerana hubungan antarabangsa dengan kuasa besar, pengaruh geopolitik dan kuasa tentera kita yang melemah di wilayah asia tenggara maka Thailand berani mengambil peluang yang ditunggu beratusan tahun. Peluang membuka laluan kapal-kapal dan mewujudkan pelabuhan yang terpesat dan menguntungkan didunia. Peluang yang memberi kesan yang besar pada Port Klang dan Kuantan.

Kesimpulannya, kini nasi sudah menjadi bubur. Di bulan ramadhan ini marilah kita berdoa perkara yang baik-baik untuk agama, bangsa dan negara. Cakna dengan isu semasa dan kerapkan membaca demi memahami sesuatu isu, sebarkan pada orang terdekat. Pada PRU-15 yang akan datang pastikan pemimpin dan parti yang benar-benar layak sahaja memerintah. Pesan terakhir saya kepada bumiputra khususnya orang melayu, kita telah berpecah kepada lebih 7 kepartian dan pelbagai pandangan. Tiba masanya kita semua bersatu dibawah "Penyatuan Ummah". Janganlah kita berpecah lagi seperti mana kita dipecahkan oleh penjajah dahulu. Kita bangsa yang kuat dan rajin serta gemilang sejarahnya. Bersatulah dan jangan berpecah lagi demi agama, bangsa dan tanah air (ABaTa). Sekian.

Assalammualaikum...

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...