Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Mei 2019

Identiti Anggota Unit Amal PAS Yang Fitnah Menteri Terdedah..

POLITIK |Identiti individu yang didakwa menfitnah Menteri tular di laman sosial.



Lelaki yang dikenali sebagai Zahari itu dikatakan telah menfitnah Menteri Asas Tani kononnya Salahuddin menyuruh petani menggunakan jalan laut.

Identiti lelaki yang juga anggota unit Amal PAS itu terdedah apabila terdapat pihak yang menyebarkan poster solidariti bagi menyatakan sokongan ke atas Zahari.

Untuk rekod, PAS mengesahkan Zahari sebagai anggota unit amal tetapi berstatus keahlian biasa sahaja. 

Berita penangkapan itu juga menyebabkan penyokong PAS menjadi bahan ketawa dan sindiran pro kerajaan kerana dianggap suka menyebarkan cerita fitnah. 

Media tempatan sebelum ini melaporkan PDRM menahan anggota Jabatan Amal PAS pada selasa di Kota Bharu bagi membantu siasatan kes dakwaan menyebarkan berita palsu di media sosial.

Penahanan lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan susulan satu hantaran di Facebooknya yang didakwa memfitnah menteri.

"Penama (suspek) ini memang ada ditangkap hari ini dan tahanan reman selama dua hari.

"Itu yang boleh saya sahkan,"
kata
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, memetik laporan Malaysiakini.

Berdasarkan maklumat awal, suspek yang juga seorang peniaga kedai makan dipercayai akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - 8 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...