Ia pertama kali disebut oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam ucapan bajet 2019 pada tahun lepas.
Tujuan SKIM MYSALAM : Memberikan perlindungan insurans percuma kepada golongan B40. Golongan B40 ialah satu kategori yang mana pendapatan isi rumah dibawah RM3,860 sebulan.
Kelayakan : Semua penerima BANTUAN SARA HIDUP 2019 yang diluluskan kerajaan, yang berusia paling kurang 18 tahun hingga 55 tahun secara automatik dianggap penerima skim MYSALAM bersama pasangan mereka.
Manfaat;
👉 Melindungi sehingga 36 jenis penyakit kritikal. Iaitu;
- Alzheimer / gangguan kemerosotan otak organik tidak boleh pulih;
- Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama;
- Meningitis bakteria;
- Tumor otak benigna;
- Buta/hilang penglihatan sepenuhnya;
- Pembedahan otak;
- Kanser;
- Kardiomiopati teruk dan anemia aplasia kronik;
- Koma;
- Pembedahan pintasan bagi penyakit arteri koronari;
- Kepekakan / hilang pendengaran menyeluruh dan tidak boleh pulih;
- Ensefalitis/encephalitis;
- Kegagalan hati tahap akhir;
- Penyakit paru-paru;
- AIDS peringkat teruk;
- Hepatitis virus fulminan;
- Serangan jantung dan pembedahan injap jantung;
- HIV akibat transfusi darah;
- Kegagalan buah pinggang–dialisis atau pemindahan buah pinggang;
- Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari);
- Hilang pertuturan;
- Trauma kepala utama;
- Pemindahan organ utama/ sum;
- Penyakit neuron motor;
- Sklerosis berbilang;
- Distrofi otot dan kelumpuhan/paraplegia.
- Penyakit parkinson;
- Hipertensi arteri pulmonari primer;
- Penyakit arteri koronari lain yang serius;
- Strok;
- Pembedahan aorta;
- Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis (SLE) dan pelecuran tahap ketiga.
👉 Menerima dua jenis manfaat.
👉 Yang pertama, layak menerima bayaran tuntutan sehingga RM8,000 secara one off.
👉 Yang kedua, mendapat elaun HOSPITAL HARIAN sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setiap tahun jika menjalani rawatan di mana-mana hospital kerajaan bagi meringankan beban pesakit akibat kehilangan pendapatan kerana perlu bercuti.
👉 Ini bermakna setiap pesakit yang layak boleh membuat tuntutan ELAUN HARIAN sehingga RM700 setahun.
👉 Secara amnya, semua hospital kerajaan tertakluk atas skim ini.
👉 Portal MySalam akan dilancarkan pada 1 Mac 2019. Portal atas talian boleh digunakan untuk tujuan;
- Semak kelayakan
- Semak senarai hospital kerajaan
- Semakan tuntutan
- Butiran skim
- Mendapatkan maklumat lanjut
- Manfaat yang diterima
- Soalan lazim
👉 Bayaran perlindungan akan dibayar secara terus dengan cara memasukkan jumlah tuntutan ke dalam akaun bank penerima.
👉 Skim ini telah pun beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2019.
👉 Tuntutan boleh dibuat bermula Mac 2019, sebaik sahaja portal dilancarkan.