Claire berkata;
👉 Beliau mempertahankan penulisan yang mendakwa PAS menerima wang dari UMNO/Najib. (90 juta)
👉 Artikel itu TIDAK AKAN DIPADAMKAN sama sekali. Dan tidak akan diubahsuai kandungannya. Ia akan kekal secara online dan sesiapa sahaja boleh membacanya.
👉 Claire juga berpuas hati dengan keputusan yang dicapai bersama, penyelesaian di luar mahkamah tanpa melibatkan sebarang kos gantirugi dan turut menzahirkan pandangan jika kes ini tetap berjalan di mahkamah ia juga adalah perkara yang bagus.
👉 Claire turut mengucapkan terima kasih ke atas semua pihak yang bersama-samanya dalam percubaan PAS 'membuli' dirinya.
👉 Berkata mengenai terma penyelesaian luar mahkamah, Claire berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak mendedahkan butirannya kepada umum. - 2 Februari 2019.