Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 November 2018

Anggota Yang Terselamat Sahkan Perusuh Menyerang Dan Bomba Terpaksa Lari Menyelamatkan Diri.

SEMASA | Awal hari ini sosmed tular dengan dakwaan anggota bomba yang cedera parah, Muhammad Adib Mohd Kassim sebenarnya dilanggar oleh trak bomba sendiri dan bukannya dipukul oleh kumpulan perusuh.

Sumber tangkaplayar : MiloSuaM
Penjaga Kuil Sri Maha Mariamman yang dikenali sebagai Ramaji mendakwa;

1. Adib sebenarnya kemalangan jalanraya yang bermakna dilanggar trak bomba.

2. Trak bomba ketika itu sedang mengundur untuk mengelak dari kenderaan yang terbakar, bagi mengelakkan letupan.

3. Ketika itulah Adib dilanggar oleh trak bomba dan Adib terjatuh atas kereta.

Video rakaman bagi mempertahankan dakwaan itu juga viral di sosmed sejak awal pagi tadi.

Bagaimanapun video itu tidak menunjukkan sebarang bukti Adib dilanggar oleh trak bomba. Sebaliknya video itu memaparkan seorang anggota bomba yang dianggap berdiri dibelakang trak dan didakwa sebagai Adib. Video itu dikatakan bukti bagi mempertahankan dakwaan tersebut dan akan diserahkan kepada Menteri KPKT, Zuraidah Kamaruddin.

Video yang kononnya kumpulan perusuh menyelamatkan Adib turut disebarkan sebagai hujah kononnya kumpulan itu tidak melakukan keganasan ke atas mana-mana anggota bomba bahkan menyelamatkan pula lagi.

Berdasarkan beberapa info yang diberikan kepada pihak kami, ada netizens yang mendakwa Adib sebenarnya sempat memasuki van bomba dan dakwaan dilanggar itu adalah karut.

Kononnya Adib sempat memasuki van EMRS

Bomba sahkan yang masuk ke dalam van itu adalah Azim dan bukannya Adib
Dan ini pula adalah respon dari Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid berhubung dakwaan itu.

i) Yang berdiri dibelakang trak bomba ketika itu adalah anggota bomba yang dikenali sebagai Hazim.

Azim yang sempat melarikan diri dan masuk ke van EMRS
ii) KPB turut mengatakan bukan cara bomba yang akan melanggar kawan-kawan sendiri ketika pergi bertugas.

iii) Pemandu EMRS juga mengesahkan parang, besi, kayu, batu dihentam dibahagian pintu sebelah kiri van EMRS sehinggalah tercabut dan kemek teruk.

iv) KPB turut mengatakan anggota-anggota bomba yang berada di tempat kejadian berasa sedih kerana cerita sebenar telah diputarbelitkan sehingga menegakkan benang yang basah. Hakikatnya, anggota bomba seramai lapan orang ini telah diserang oleh sekumpulan perusuh sehingga masing-masing lari menyelamatkan diri.

v) Azim menjelaskan beliau turun dari jentera dan mahu mengambil hose reel tetapi belum sempat beliau memulakan kerja-kerja menyelamat, beliau telah diserang oleh perusuh. Bimbang dengan keselamatan dirinya, beliau lari menyelamatkan diri dan terus masuk ke dalam van EMRS yang berada di belakang trak bomba ketika itu. Azim yang panik dengan situasi tersebut terus menutup pintu dan tidak tahu apa yang terjadi diluar selepas memasuki EMRS.

vi) Drebar trak dan EMRS yang kelam kabut serta trauma mengundurkan diri secepat diri dari lokasi kejadian. Bagaimanapun akhirnya menyedari Adib tidak berada bersama mereka.

vii) KPB juga menjelaskan pihak mereka tidak boleh menceritakan segalanya secara terperinci kepada pihak media kerana perkara itu dalam siasatan pihak polis, tambahan pula kenyataan demi kenyataan akan mendedahkan apa yang tak sepatutnya didedahkan (mungkin tidak mahu membocorkan bukti terkumpul) dan menafikan sekeras-kerasnya anggotanya dilanggar oleh trak bomba. 

Selain itu, KPB juga menasihatkan agar mana-mana pihak tidak membuat kenyataan tidak berasas atau melibatkan bomba secara politik dalam insiden keganasan di rusuhan kuil itu.

“Saya nak nyatakan di sini, jangan membuat kenyataan yang tidak berasas, yang tidak betul dan yang mana kita ini tidak terlibat dalam apa-apa putaran atau kitaran politik yang sedang berjalan disebabkan oleh mereka ini,” katanya lagi.

Sementara itu saksi kejadian mengesahkan Adib dipukul. Dan ini bukannya satu-satu pengakuan dari kaum india yang mengatakan Adib dipukul.


Dalam video dibawah ini, seorang individu yang dikenali sebagai Maniam juga mendakwa Adib sebenarnya dipukul. Kumpulan yang didakwanya memukul Adib ialah King Kong Kong dan laporan polis juga katanya telah dibuat bagi mempertahankan nama baiknya.

Bagaimanapun kita serahkan kepada pihak polis untuk merungkai kebenarannya satu persatu. - 28 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...