Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 28 Januari 2018

PAS Anjur Konsert Di Wisma Tok Guru, Amanah Kelantan Lapor Polis.

Patuhi arahan mahkamah dan jangan cuba buat provokasi. 

Itulah peringatan Amanah Kelantan kepada PAS yang dilaporkan menganjurkan sebuah konsert hiburan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Tindakan Dun Pas Salor yang akan diadakan bertempat di Wisma Tok Guru, Salor pada 28 Januari 2018, malam ini.


Pas diminta untuk mematuhi Perintah Injunksi Erinford yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, berhubung kemelut pertikaian antara Dato Husam Musa dan Mohd Yasin Yusoff dalam isu hartanah di Wisma Tok Guru, Salor.

Pengerusi Parti Amanah Negara Kawasan Kubang Kerian, Haji Fauzi Muhammad berkata, tindakan Pas yang melanggar perintah Injunksi Erinford oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu ini amat dikesali dan ia disifatkan sebagai suatu lagi cubaan provokasi melampau oleh Pas, setelah sebelum ini pihak Pas telah memasang papan tanda yang melarang sebarang aktiviti dijalankan di atas hartanah yang masih dalam pertikaian di mahkamah.




Pasukan peguam bagi pihak Dato Husam Musa juga difahamkan telah menghantar notis peringatan kepada pihak peguam Yasin Yusoff agar mematuhi perintah Injunksi Erinford oleh mahkamah.


Laporan polis juga telah dibuat terhadap pihak penganjur konsert tersebut oleh Pengerusi Amanah Kubang Kerian En Fauzi Muhamad hari ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...