Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 3 Disember 2017

Utusan Bekal Tender Tablet Lenovo Berharga RM832 Sedangkan Harga Pasaran Cuma RM388 - Steven Sim.

Pada 30 November 2017, saya mendedahkan bahawa syarikat Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) mendapat kontrak kerajaan pusat untuk menjadi pembekal komputer tablet kepada 430,000 guru di seluruh negara.
Kos projek tersebut dijangka mencecah RM340 juta.
Saya telah melontarkan tiga soalan kepada kerajaan pusat: 
→ Mengapa sebuah syarikat surat khabar Umno boleh dilantik menjadi pembekal komputer tablet?   
→ Jika beri kepada syarikat akhbar sekalipun, mengapa diberikan kepada Utusan yang mengalami kerugian setiap tahun sejak 2013 sehingga RM220 juta? 
→ Mengapa tiada tender terbuka untuk projek bernilai RM340 juta ini?
Mengikut jawapan Timbalan Menteri Pendidikan di parlimen, sebanyak 182,712 unit komputer tablet diedarkan dengan kos sebanyak RM152 juta.
Dalam kata lain, harga setiap unit tablet yang dibekalkan oleh Utusan kepada kerajaan ialah RM832.
Mengikut maklumat yang diberi seorang guru di Negeri Sembilan, komputer tablet yang diedarkan kepada mereka merupakan jenis Lenovo Tab3 7 Essential.
Saya juga mendapatkan pengesahan daripada carian atas talian sebuah blog yang melaporkan tentang tablet tersebut.
Daripada laman web membeli belah popular, Lazada.com.my, Lenovo Tab3 7 Essential ini boleh dibeli dengan harga RM388.
Info - Steven Sim; Gambar - Malaysiakini
Ini bermakna, kerajaan pusat telah membeli setiap tablet berkenaan daripada Utusan dengan harga 114 peratus lebih mahal berbanding harga pasaran!
Perlu diingatkan bahawa RM388 ini merupakan harga pembelian runcit atas talian (online retail price). Jika kerajaan membeli secara borong sebanyak 430,000 unit, saya percaya harga yang lebih baik boleh diperoleh jika proses tender terbuka dilaksanakan.
Setiap tahun Jabatan Audit Negara mengetengahkan isu kerajaan membeli barang dengan harga yang terlampau tinggi berbanding harga pasaran.
Kini perkara sama berulang untuk sebuah projek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri semasa membentangkan Bajet 2017 pada tahun lepas.
Budaya 3K Umno/BN, iaitu korupsi, kronisme dan kleptokrasi tetap tidak berubah.
Saya menggesa agar kerajaan pusat menghentikan perkhidmatan syarikat Utusan sebagai pembekal tablet bantuan mengajar serta-merta.
Syarikat baru mestilah dilantik daripada kalangan organisasi yang berpengalaman serta melalui proses tender terbuka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...