Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Disember 2017

Beli 'Coklat Najib' Sebagai Cenderamata, Tanda Perjuangan Melayu - Perwakilan UMNO.

Coklat yang dibungkus berwajahkan pemimpin-pemimpin UMNO dikatakan antara produk yang 'laku keras' di Persidangan UMNO 2017 kali ini.

Antara yang menjadi rebutan perwakilan ialah coklat yang dibalut dengan wajah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.


Memetik laporan Awani hari ini, Saadiah Salehan yang merupakan Perwakilan Seremban berkata, ini merupakan cenderamata yang boleh diberi kepada cucunya sebagai tanda perjuangan Melayu. 

“Coklat yang dibaluti muka pemimpin di Malaysia saya jadikan sebagai hadiah kepada cucu untuk mendidik mereka bahawa pemimpin inilah yang sudah berjuang buat rakyat,” katanya kepada wakil media itu.


Coklat tersebut yang dijual di ruang jualan aras tiga, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menampilkan wajah-wajah bekas Perdana Menteri Malaysia termasuklah Mahathir di kertas pembungkusannya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...