Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Mei 2017

Ini Bukti Ladang Hutan Kelantan Tidak Mengikut Peraturan Kata Pengkritik.

Oleh : Mohd Zakri


 


Jawapan Salam #PerebohPASKelate ambo,

Menjawab persoalan bahawa Kelantan kononnya menjadi negeri yang mendahului Projek Ladang Hutan dengan mengungguli 'Kuota Getah Klon Balak’, yang sebenarnya Kelantan hanya mendahului Kouta pengkelasan keluasan hutan simpan yang diambil untuk projek Ladang Hutan iaitu sebanyak 199 Ribu Hektar kawasan hutan simpan yang dikelaskan untuk Projek Ladang Hutan, (tertinggi di Malaysia) namun begitu seperti yang kita tahu Proses Projek Ladang Hutan sebenarnya melibatkan tebang hutan dan tanam semula dengan Pokok Getah Klon Balak, Kelantan hanya mengungguli Proses tebang hutan sahaja dan aktiviti tanam semula amatlah mengecewakan iaitu sehingga 2015 dari 98 Ribu Hektar yang telah ditebang hanya 10 ribu hektar yang berjaya ditanam semula manakala bakinya masih tidak berjaya ditanam semula.

Soal negeri lain mencemburui adalah kenyataan setengah masak kerana negeri2 lain sendiri memohon untuk diluluskan dari Majlis Tanah Negara jauh lebih rendah dari apa yang Kelantan pohon kerana tidak mahu mengeksploitasi Hutan Simpan kepada Projek Ladang Hutan. kini terbukti apabila pada 23 Nov 2016, Persijilan Kayu Kayan FMU untuk Kelantan telah ditarik balik kerana Penubuhan Ladang Hutan di Kelantan tidak mematuhi standard Malaysia Creteria & Indicator (Natural Forest).

Kenyataan bahawa Kelantan menjadi negeri yang meluluskan kawasan pembalakan melalui jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Besar sepatutnya menjadikan industri Pembalakan Kelantan lebih cekap, tetapi apa berlaku pemberian konsesi pembalakan dan ladang2 hutan diberikan kepada syarikat2 yang tidak mampu untuk menjalankan kerja dan kemudiannya menjadi syarikat Alibaba , termasuklah ianya berkali kali bertukar tangan, malah tanah hutan konsesi dibawah Yayasan Islam Kelantan sendiri telah diberikan hak kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Pemilik syarikat Magnum Corp, Surin Upatkoon. jadi dimana hebatnya Kerajaan PAS Kelantan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...