Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Mei 2017

David Tak Biadap Lah, Jangan Racist Salahkan Cina Kata Pengkritik.

Oleh : Man Toba

Saya kena cakap perkara yang benar. Lepas tengok beberapa video dari beberapa sudut dan kumpul segala info, kes Mat Over ni, si David tu pertikaikan Rosyam Noor sebagai moderator asyik dok bagi orang seat depan sahaja tanya soalan kepada PM. 


Dia dan lain-lain yang duduk belakang tak dapat chance. So, dia walk to the stage protes to Rosyam NOT PM. Rosyam is a big failure as moderator. Rosyam mintak dia tenang dan behave. 

Tapi si Mat Over ni yang duduk terlalu jauh dari stage sanggup berjalan semata-mata nak tampar David Teo depan PM. 

Dan dia tampar bila David baru nak put up his point/Q to PM dan argument dia dengan Rosyam pun dah selesai. David tak sikit pun kritik or  biadap dengan PM. Dia orang biz la, takkan la nak buat macam tu. Dia juga selama ni bukan orang pembangkang pun.

Tapi di media social isu ni dah jadi too political dan racist. Kita kena berdiri atas kebenaran tak kira siapa atau apa pendirian politik. 

Cina kena pukul di masjid sebab hon cina tu salah tapi bukan sebab dia Cina. Cina langgar kereta di highway laluan opposite, Cina tu salah tapi bukan sebab dia Cina. 

Melayu kena tangkap rasuah, Melayu tu salah tapi bukan sebab dia Melayu. Mat Over tampar Cina di rumah PM, Mat Over salah bukan sebab dia Melayu dan si David Cina.

Saya pun tak suka si David ni sebab filem-filem dia buat semua tak ada kualiti tapi kuantiti. Suara David macam marah atau kurang ajar sebab bahasa Malaysia dia teruk atau pelat. Maka, dia tak pandai nak kawal intonasi. 

Even Mamat Khalid pun akui si David ni cakap macam menjerit sebab BM dia teruk. Tapi dia cuba cakap BM kerana English dia pun jahanam. Dia pure apek. 

Tapi ramai jugak artis Melayu yang kerja dengan dia. Tak ada pulak dia promote artis Cina atau buat filem Cina. Kenapa nak dirasiskan isu ini. Berdiri lah atas kebenaran dan keadilan, bukan emosi berbangsa-berbangsa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...