Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 April 2017

Selepas Pergi India Najib Cadang Buka 15% Kuota Universiti Awam Kepada Warga Asing.

Oleh : Arif Atan

Najib mahu buka ruang 15 peratus tempat di universiti awam kepada pelajar asing ketika peruntukan kerajaan kepada universiti awam banyak dipotong dan ramai lagi pelajar kita yang cemerlang semakin sukar mendapat tempat di universiti tempatan.


Keratan Berita Bernama

Presiden parti yang memperjuWangkan bangsa Melayu itu juga mengajak lebih ramai pelajar dari India sambung pengajian di universiti di Malaysia.

Boleh tak selepas ini, Kabinet Najib itu sendiri dibuka 15 peratus kepada menteri warga asing? Majlis Raja-raja pun dibuka 15 peratus kepada raja warga asing sehinggalah pemegang permit teksi pun dibuka 15 peratus kepada elit politik dari parti di negara asing?

Padahal, ketika kontrak saya sebagai tutor di Universiti Malaya berakhir tahun 2012 pun, sudah bersepah pelajar asing paling ketara dari benua Arab dan negara-negara Afrika di universiti yang pernah disuruh pindah dan kini sedang dikepung pembangunan maha mewah itu.

Sebahagiannya (bukan semua, terutama 'mat surau' - perangai mereka lebih bertamadun) memang berlagak, suka memekak termasuk di perpustakaan dan bawa kereta dalam kawasan kampus berdesup laju langgar peraturan lalu lintas. Memang dulu, kalau perhati cara pemanduan mereka (pelajar asing kelas kaya kot) satu je perkataan spontan keluar ketika itu, "Babilah kau!" (maaf babi, kau pula jadi mangsa kemarahan!)

Mereka juga sebahagiannya pengotor,  buang sampah merata-rata, meninggalkan bekas makanan minuman di bawah kerusi, bawah bangku di perhentian bas selain ada yang  selamba meludah berkali-kali ketika berjalan!

Paling biadap baik jantan, betina muka-muka yang stok belah-belah Arab ni - selamba makan depan awam waktu siang di bulan Ramadan! Kau, dah kenapa? Ada rukhsoh ke untuk tak puasa sebab bermusafir? Takkanlah masing-masing agama Kristian tapi kalau ye pun patutnya lagi sensitif orang Islam sedang berpuasa.

Lagi satu perangai kalau saya perhatikan di kaunter-kaunter pentadbiran di universiti seperti di Bendahari selain pejabat pos, kedai makan, Pekanbuku, mereka juga spesies "banyak bunyi", selalu merungut itu, ini dengan prosedur dan sistem di negara kita. Mereka mahu orang di kaunter tu ikut apa yang mereka mahu, sepatutnya merekalah kena belajar suka ke tidak, ikut cara kita di sini! Memang mengganggu dan buang banyak masa! 

Tahulah memang  diakui ada masalah, tidak dinafikan tapi nampak benar mereka tak sedar diri, tak faham sosio-budaya tempatan. Macamlah negara mereka masing-masing bagus serba-serbi!

Itu pun Najib sanggup nak buka lagi tempat 15 peratus kepada pelajar asing atas dasar "liberalisasi pendidikan tinggi"? Apa jaminan kawalan kalau atas kertas 15 peratus tapi realitinya nanti lebih 50 peratus? Apa hala tuju pengajian tinggi negara sebenarnya? Untuk menjana kepakaran, membangun akal budi dan modal insan tempatan atau menjana seberapa banyak keuntungan daripada kemasukan lebih ramai pelajar asing?

Bayangkan nama "kebangsaan" pada Universiti Kebangsaan Malaysia itu sendiri contohnya, bakal bercanggah dengan usaha dan matlamat penubuhan UKM jika lebih ramai pelajar asing disumbat masuk.

Adakah ketika universiti awam kekeringan dana akibat tindakan kerajaan memotong peruntukan akan memaksa universiti awam mengambil lebih ramai pelajar asing untuk menjana lebih banyak wang?

Sebelum ini ekoran polisi "liberalisasi ekonomi", cukai GST serta penarikan subsidi minyak dan barangan keperluan dilaksanakan. Nilai ringgit juga jatuh dan jenayah pengubahan wang haram berleluasa.

Maka, "liberalisasi pendidikan tinggi" yang dicadangkan Presiden parti yang memperjuWangkan bangsa Melayu itu, apa akibatnya nanti? Paling serius rakyat Malaysia perlu fikir dan bertindak adalah:

Sebenarnya, ke mana  Malaysia ini sedang dibawa oleh pemimpin negara ini yang bergelumang dengan jenayah kleptokrasi?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...