Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 April 2017

Netizens PH Tidak Mahu Dyana, Zairil Sebagai Calon, Ancam Boikot.

Pucuk pimpinan parti DAP Perak akan memutuskan kedudukan Dyana Sofea sebagai calon Parlimen Teluk Intan selepas menjalankan siasatan terperinci tentang satu lagi penyebaran gambar-gambar intim wanita itu bersama seorang lelaki, yang juga dipercayai Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, kata Nga Kor Ming.



Bercakap kepada pemberita, Pengerusi DAP Perak itu berkata, "Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan. Zairil telah berulang kali menafikan (gambar-gambar yang tersebar) tetapi foto keluar berterusan jadi adalah lebih baik media dapatkan pandangan dari mulut mereka sendiri", katanya ketika ditanyakan tentang penyebaran gambar-gambar intim itu.

Ia adalah penyebaran kali ketiga membabitkan pasangan tersebut selepas pertama kali didedahkan pada tahun 2015 di facebook peribadi milik Zairil sendiri. Pada kali pertama didedahkan, UMNO dituduh sebagai dalang disebalik penyebaran gambar-gambar itu dan sehingga kini kedua-duanya tidak membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Respon Dyana dan netizens

Dyana pada semalam tampil menjawab dengan membuat status di facebook berhubung insiden berkenaan. Menurut Dyana beliau merasa sedih kerana penyebaran gambar-gambar itu telah sampai ke satu tahap pencerobohan privasi ke dalam hidup orang lain. 

"Ini adalah kali ketiga saya diserang dalam masa kurang dua bulan. Saya rasa pilihanraya semakin hampir. Tak kisahlah siapa pun dalam gambar yang kononnya didakwa sebagai saya, ia merupakan pencerobohan privasi yang sangat dahsyat

Saya sedih budaya politik kita dah masuk ke tahap seperti ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan peribadi ataupun tuduhan berniat jahat. Sebaliknya saya hanya akan focus kepada kerja-kerja membantu masyarakat di Teluk Intan", katanya di status itu.

Tinjauan kami di ruangan komen status tersebut mendapati rata-rata netizens samada pro pembangkang mahupun kerajaan bertindak mengecam aksi keterlaluan pasangan itu dan mendesak Dyana untuk memberikan penjelasan yang lebih jujur dan bukannya bersikap teka-teki.

Malahan penyokong DAP di status itu juga bimbang jika tindakan Dyana itu dipalitkan ke atas DAP dan seterusnya mencemarkan reputasi parti berkenaan. 

Mereka bimbang dituduh dengan sengaja menolak RUU355 bagi mempertahankan kelakuan sumbang satu dua pemimpin dalam parti. Dan ianya menjadi modal kempen bagi mengambarkan betapa DAP berjaya merosakkan anak melayu.

Kerana itu rata-ratanya dilihat memilih untuk tidak menyokong kelakuan Dyana dan Zairil (dipercayai) yang disifatkan akan memusnahkan reputasi DAP. Ada di antara penyokong DAP turut menasihatkan agar penyokong2 DAP yang lain tidak menunjukkan sokongan ke atas Dyana dan Zairil supaya mereka tidak dilihat membela sikap suami yang curang terhadap isteri.

Zairil bagaimanapun belum lagi membuat sebarang kenyataan terbuka berhubung gambar-gambar itu.

Tidak mahu Dyana, Zairil sebagai wakil rakyat

Dalam pada itu, netizens pro pembangkang diperlihatkan melakukan protes bagi mendesak pimpinan parti terutamanya dari DAP agar tidak mencalonkan Dyana dan Zairil dalam PRU akan datang. Ini perlu supaya tidak beri kemenangan mudah kepada BN memandangkan reputasi kedua-duanya terjejas teruk berikutan penyebaran gambar-gambar tersebut.

Ada yang turut mempersoalkan tentang nasib isteri Zairil dan betapa pentingnya undi kaum wanita dan sentimen yang terbit darinya berhubung pendedahan gambar-gambar itu.

DAP turut dinasihatkan agar memilih calon yang bukan sahaja dilihat bersih malahan perlu benar-benar bersih bagi menyakinkan pengundi. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...