Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 April 2017

Ini Penjelasan MAZA Tentang Sajak 'Mempertuhankan Lembu', Yang Mendorong Kemarahan Penganut Hindu.

Pada jumaat lepas, MAZA telah menungkilkan satu sajak khas dari hatinya untuk didedikasikan buat pengkritik Zakir Naik. 

Sajak yang dikongsikan di laman fb itu bagaimanapun dilanda krontroversi kerana dianggap menghina penganut Hindu. Maza kemudian tampil memberikan penjelasan makna disebalik sajak itu.

Ikuti penjelasan MAZA dibawah ini;

"Ada yang bertanya; mengapakah puisi jumaat itu menyebut perkataan 'mempertuhankan lembu'?. Jawabnya kerana puisi memperkatakan tentang kerajaan Modi di India yang membiarkan saban hari muslim dibunuh dengan kejam hanya kerana memakan daging lembu

Bahkan suasana itu seakan sengaja diwujudkan oleh kerajaan beliau atas dasar kesucian lembu yang mereka percaya. Anda boleh lihat artikel dan video dalam internet yang begitu banyak tentang kekejaman mereka kerana 'mempertuhankan lembu' dalam ertikata mensucikannya. Sanggup mereka membunuh kejam sesama manusia hanya kerana haiwan lembu yang memang dimakan di seluruh dunia

Bagi yang tidak mempertuhankan lembu di negara ini seperti yang sedang berlaku di India, harap jangan terasa. Puisi itu untuk suasana semasa di Negara India. Saya percaya dalam negara kita yang rata-rata berpendidikan tinggi tidak mungkin akan menyembah haiwan seperti lembu, ataupun mensucikannya. Apatahlagi sehingga sanggup membunuh orang lain kerananya

Akal yang waras mustahil menerima hal seperti itu. Demikian manusia yang waras menolak kepercayaan kasta antara manusia seperti yang berlaku di India sehingga ada kasta yang dipanggil 'pariah'. 

Kasta paria dan kepercayaan kasta tidak patut wujud di negara kita yang percaya kesamarataan antara manusia. Maka hal itu tiada kaitan dengan orang di sini yang tidak mungkin 'beriman' dengan hal-hal karut seperti itu", katanya akhiri penjelasan itu.

Tidak diterima

Bagaimanapun penjelasan itu tidak diterima oleh mereka-mereka yang beranggapan bahawanya sajak itu bersifat menghina. 

Jangan tegakkan benang basah



Elakkan kontroversi 
 


Majoriti menyokong

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati rata-rata netizens muslim menyokong penjelasan MAZA. Bagaimanapun sesetengah komen penyokong diperlihatkan berbaur perkauman dan seperti gembira melihat MAZA mempertahankan sajak ciptaannya itu.

Bagi pengkritik sajak MAZA pula, mereka bimbang sajak itu akan mencetuskan ketegangan kaum dan dimanipulasikan secara politik.

Tambahan pula kata mereka, ianya tidak berlaku di Malaysia dan kemarahan MAZA itu berpunca dari sikap Hindraf, oleh itu penjelasan MAZA disifatkan seperti 'mencipta alasan' dan tidak relevan dengan suasana di Malaysia.

Ramai juga berharap agar MAZA tidak mempertahankan sajak itu, ini kerana MAZA akan dianggap telah memasuki perangkap Hindraf, satu kumpulan politik pelampau bagi kaum India. Untuk melawan pelampau, kita tidak boleh menonjolkan sikap pelampau kata pengkritik lagi.

Gesaan tarik-balik itu juga dibuat memandangkan MAZA pemecah tradisi yang mana menjadi tokoh agamawan yang disenangi pelbagai lapisan bangsa dan agama, meneruskan kelangsungan yang pernah dizahirkan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...