Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Januari 2017

Hari Tanpa Plastik Membebankan Rakyat, Untungkan Tauke Plastik Kata Noh Omar - Aik, Mahsuh Subsidi, Naikkan Kos Sara Hidup Takpe Pula?

Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor di bawah Azmin Ali didakwa tidak meneliti secara terperinci matlamat ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di negeri itu yang akhirnya dilihat membebankan semula rakyat. 

“Adakah matlamat ini (tiada beg plastik) akan tercapai, jika rakyat perlukan beg plastik, mereka masih boleh dapatkan atau kena beli beg plastik di kaunter. 

“Kesan pada akhirnya taukeh beg plastik yang untung. Kalau orang pergi pasar tiada beg plastik dan semua pembeli membeli plastik, jadi dimana matlamat bebas plastiknya? Ini sebaliknya membebankan rakyat kena beli plastik pula,” kata Noh.

Bagi Noh Omar, Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya memikirkan langkah ganti yang lebih cerdik untuk mengurangkan beban rakyat dengan pelaksanaan itu. 

Mengambil contoh negeri Melaka yang telah mengamalkan pedekatan tersebut, Noh berkata negeri itu langsung tidak membenarkan penggunaan beg plastik. 

“Kalau kita tak bagi pakai beg plastik, kita beri alternatif lain sebagai contoh beri beg plastik yang boleh dilupuskan atau pasaraya sediakan beg kertas sebagai alternatif. 

“Tindakan kena bijak. Ini dasar lain perlaksanaan lain, maka rakyat susah, nak uruskan plastik tak pandai, sampah pun tak pandai, rumah, bola sepak dan air semua tak pandai kerana ini kerajaan berpolitik, sepatutnya membela rakyat tetapi sibuk berpolitik,” katanya. 

Sementara itu, Noh juga turut mempertikaikan ke mana duit pembelian beg plastik itu akan disalurkan oleh kerajaan negeri jika kutipan telah dibuat oleh pengusaha perniagaan. 

“20 sen tu ke mana pergi duit tersebut, kena isytiharkan berapa banyak kutipan, kita sokong usaha itu tapi yang penting perlaksanaan,” katanya


Betul la orang kata dalam otak Noh Omar bukan ada akal tapi ada udang je. Pui la membebankan rakyat konon. 

Hari Tanpa Plastik adalah pra pelaksanaan ke arah mendidik tabiat pengguna sebetulnya. Kau tak boleh jangka dalam satu dua minggu pengguna akan tiba-tiba memboikot penggunaan plastik secara mendadak terus dari hidup mereka. 

Kerana itu penjualan plastik bag masih berlaku bagi 'menguruskan' sesetengah pengguna yang belum terbiasa dengan tabiat baru tersebut. Lama kelamaan apabila terbiasa, mereka juga akan terdidik untuk bawa beg sendiri. Percayalah. Amalan ini perlu masa untuk dibiasakan ke atas rakyat Selangor.

Ketika melaksanakan Hari Tanpa Plastik pun, Selangor tak boleh menghukum para peniaga. Bukannya dorang beli stok plastik sikit-sikit. Sekali beli berguni-guni dan dipesan awal.

Oleh itu biarkanlah peniaga tu menghabiskan stok plastik sedia ada. Tak salah pun nak mengkritik Selangor dengan beri cadangan gantikan penggunaan beg plastik kepada kertas tetapi apa bezanya pun?

Plastik tak boleh lupus = tak mesra alam.
Kotak, kertas = datang dari pokok = musnahkan alam.

Dua-dua objek ini kalau ko guna pun kau tetap sabitkan keseimbangan alam.


Bagi aku tak salah guna plastik cuma didik pengguna jangan buang merata, benda tu wajib direcyclekan. Bukan buang kat dalam longkang la, sungai la laut la apa-apa la. Aku juga setuju kita minimalkan penggunaannya. Lagi kurang lagi bagus sebab kilang2 yang produce plastik ini juga 'produce' pencemaran. Itu kita faham. Instead of plastik la, kertas la, elok kita suggest guna beg kain.

Noh Omar bodoh neh siap bising lagi bahawanya jika pengguna beli plastik 20sen ianya membebankan pengguna. Whatthepark.

Okey la, it does membuatkan pengguna keluarkan duit untuk beli plastik. 20 sen per plastik bag. Tapi nanti kejap, yang mahsuhkan subsidi, yang naikkan kadar tol, yang naikkan petrol, yang sekat peruntukan pendidikan dan kesihatan, yang membazir wang rakyat, yang meningkatkan kos sara hidup, yang menyeleweng sehingga negara kerugian berbillion ringgit, yang merasuah, yang jadi menteri tapi buat kerja cincai ataupun cadangkan kutip derma untuk selenggara sekolah tak pula bebankan rakyat eh?

Jadi 20 sen beli plastik beg = bebankan rakyat?
Yang naikkan lebih banyak dari 20 sen = tak bebankan rakyat?
Sapa guru matematik Noh Omar?
Kenapa dia BODOH sangat cikgu?
Adakah cikgu ajar dia betul-betul?

Kah Kah Kah!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...