Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Disember 2016

Demi DAP, Tergamak Mahathir Perlekehkan Nabi Kata Pegawai Khas Rosmah.

Kami tak lupa.

Ia bukan perkara baru bagi Mahathir memperlekehkan Nabi dan mengaitkan ia dengan politik. Itulah kata Rizal Mansor yang mengulas tentang kenyataan Mahathir dalam satu sidang media yang diadakan selepas menghadiri Perhimpunan Tahunan DAP bagi tahun 2016.

Kenyataan Mahathir yang dilaporkan media ;



Ia kemudiannya menarik perhatian Rizal Mansor, Pegawai Khas kepada Rosmah Mansur untuk mengulas di FBnya.


"Kerana kata-katanya itulah membuatkan BN kehilangan kerusi Parlimen Arau dalam PRK 1998", kata Rizal Mansor.

Ujarnya lagi, apabila bersama DAP Mahathir perlu tunjukkan dirinya lebih DAP dari DAP sehingga sanggup memperlekehkan Nabi sendiri.

Tahun 2013, ketika menentang DAP, Mahathir la orang yang terlebih UMNO dari UMNO sehingga minta ditubuhkan RCI bagi menyiasat pemberiaan warganegara kepada sejuta warga asing sebelum merdeka..

Rizal kemudiannya menamatkan hujahnya dengan berkongsikan kenyataan Mahathir yang berulang kali menyebut Lim Kit Siang racist..

Video dibawah ;


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...