Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Disember 2016

Dan Bila Nik Abduh Duduk Sebelah Shahrizat, Baru Penyokong2 PAS Tahu Apa Maksudnya Balasan Allah!

Padan muka.

Mengata orang tak ingat dunia. Dan pesan dah. Dah cakap dah. Sejak PAS tidak menyertai BERSIH 4, macam-macam hujah dan dalil mereka gunakan bagi mengkritik perhimpunan BERSIH (dalam kes neh 4 & 5).

Mengkritik tak salah. Kalau dalam konteks, kau nak kritik, kau kritik la. Aku pun tabuh BERSIH 4 dan BERSIH 5. Bebudak PH pun tabuh aku sebab aku bantai BERSIH 4 dan BERSIH 5. Baca sini, sini, sini dan sini.

Ingat aku sokong BERSIH sangat ke? Keterujaan untuk menyertai BERSIH dah lenyap. Sebab ia tak pandai nak sesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan. Orang kata dah tepu. Benda dah tepu buat orang jemu. Berapa ramai sembang bab BERSIH 5 selepas berakhir? Kalau tak aku kutuk kaw-kaw di blog aku, rasanya lagi cepat orang lupa kot. Fikirlah.

Aku cakap benda neh kat bebudak PAS. Kot-kot dorang ingat aku hardcore BERSIH ke macam mana nanti bila bahas isu Nik Abduh duduk sebelah Mama Jat kesayangan korang tu.

Benda neh aku nampak bebudak PAS sendiri yang main. Sekarang dah terludah muka sendiri kot. Masa tu dorang kemain ligat hujah. Demo percampuran lelaki dan wanita. PAS tak sokong pun. Sejak PAS bukan menjaga BERSIH lagi, demo BERSIH kemain lagi lelaki perempuan bercampur, bergaul, duduk sekali, blablablablala.. macam-macam cerita kot depa sebar, depa karang, depa hujah semata-mata nak laukkan BERSIH.

Yang sebetulnya, benda-benda macam tu takde point.

Kau pergi berdemo ke berhimpun ke biasa la percampuran lelaki perempuan tu. Macam kau pergi sekolah dan kenduri kahwin la. Benda nak elak macam mana. Dah memang masyarakat kau ada jenis lelaki, perempuan kan. Tambah satu spesis lagi, LGBT.

Benda bukan isu.
Bebudak PAS jadikan ia isu.
Ingat, BEBUDAK PAS yang jadikan benda tu ISU.

Bila bebudak PAS jadikan ia isu, maka dorang berikan satu set pemikiran.

Ahhh.. maksudnya pemimpin-pemimpin PAS, apabila berdemo mereka akan pastikan lelaki duduk sama lelaki, perempuan duduk sama perempuan, tiada percampuran lelaki dan perempuan.

Satu pemikiran yang mana penyokong2 PAS sendiri yang gambarkan (bentukkan) kepada masyarakat.

Inila PAS.

Tak duduk bersama.
Tak bercampur.
Jaga pergaulan.
Batas itu ada.

Tetapi apa yang berlaku pada semalam ialah ini ;



Nampak?

Aku tak kritik Nik Abduh ya. Aku nampak muka dia macam bengang pun ada. Apasal pula tetiba Mama Jat duduk kat sebelah neh. Adoi. Jiwa kacau. Mungkin itu yang abang Nik Abduh kau fikirkan. Dari riak wajah dia memang nampak jelas dia tak selesa kot!

Tetapi apa yang berlaku ialah, benda neh sesuatu yang dia tak jangka. Aku percaya inilah situasi dia. Mama Jat? NFC? Kau biar betul la. Ini sebab aku kata memperbodohkan diri juga bila pemimpin PAS sibuk nak berdemo dengan UMNO. Buat jatuh imej dan reputasi PAS saja!



Malam tadi aku berbahas dengan bebudak PAS atas tajuk ini la. Dorang backup Nik Abduh kaw-kaw, tapi aku tak hentam pun Nik Abduh neh sebenarnya, aku kritik cara bebudak PAS berfikir dan menyuarakan hujah je, selalu ke laut dan off topic.

Dorang bagi point.

Benda tak boleh elak.
Biasa la berhimpun dalam stadium.
Bukan ada VVIP kat seat pun.
Dan berbagai-bagai alasan lagi.
Tak lupa juga dorang berpuluh2 kali gelar aku PanDap. Lepas tu maki PAN. Maki DAP. Kesian.

Aku bukan apa. Aku dah la takde parti. Setiap kali bagi hujah berbeza pada parti2 tertentu neh, penyokong2 depa cop aku macam-macam. Habis dimaki hamun sumpah seranah parti2 yang mereka fikir aku darinya.

Aku relax je terima. Sebab aku memang bukan dari parti2 tu pun. So memang tak la aku beria2 nak backup parti2 dan pemimpin2 tu bila dorang kena maki atas sebab point aku. Tak pepasal pemimpin dan parti2 tu jadi mangsa kan. Nak buat macam mana. Layankan aje peel penyokong2 taksub tu.

Kah Kah Kah!

Jadi rupanya pemimpin PAS pun boleh ada keadaan yang dia tak sengaja terduduk sebelah perempuan/wanita.

So tak pelik juga pendemo-pendemo BERSIH bercampur lelaki perempuan. Ia hanyalah situasi yang biasa. Dibandingkan dengan Mat Sabu ye juga kata bebudak PAS neh. Mat Sabu gelak besar. Macam seronok. Nik Abduh punya mimik muka. Macam benci, bengang dan marah. Kat situ Nik Abduh dah memang satu point. Tahniah la.

Cuma nasihat aku, kita neh lainkali nak mengkritik jangan pukul rata. Tengok kiri kanan sama. Jangan main tabuh sebarangan. Benda demo-demo BERSIH ini dulu pun bebudak PAS yang sokong hardcore. Kaw-kaw lagi. Hanya kerana PAS tak bersama dengan BERSIH lagi tak payah la kumpul-kumpul point takde faedah untuk dijadikan hujah. Esok lusa bahasa kita juga orang jadikan hujah.

Lagipun, tiada musuh dan sahabat yang kekal dalam politik. Even prinsip pun takde yang kekal istoqomah.

Apa yang ada hanyalah perebutan kuasa, pangkat, kedudukan dan harta. Inilah politik. Mohon jangan tipu diri sendiri. Lagi lambat korang sedar diri lagi lama partisan dan pemimpinnya mampu memperbodohkan kau semua.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...