Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 November 2016

Menjelang Perhimpunan #BERSIH5 - Jamal Hilang Secara Tiba-Tiba & Geng #Merah Pun Taktahu Di Mana Dia Berada..

Siang tadi polis telah menjalankan tangkapan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan perhimpunan #BERSIH5.

Berikut di bawah merupakan senarai terkini tentang tangkapan yang telah dilakukan oleh polis (setakat ini) ;

Sumber Gambar : Malaysiakini

Siang tadi dilaporkan Jamal sepatutnya membuat sidang media pada jam 2.30 petang di perkarangan Masjid Negara. Walaubagaimanapun Jamal tidak memunculkan diri langsung, sehingga lah wartawan beredar pada jam 5.00 petang.

Menurut Razali Zakaria, salah seorang sekretariat NGO Baju Merah, dia tidak mempunyai sebarang maklumat keberadaan Jamal pada ketika ini. Jamal menurutnya, gagal dihubungi. 

Pada awalnya, Jamal dapat dihubungi. Ketika itu Jamal memaklumkan dia akan sedang menuju ke Masjid Negara. Namun selepas beberapa ketika, mereka mencuba menghubungi Jamal semula namun gagal.

Jamal ketika ini gagal dikesan oleh NGO Baju Merah.

Esok, #Merah akan menjadikan Masjid Negara sebagai lokasi berkumpul utama sebelum bergerak ke destinasi lain. Diberitakan 4 baju warna berbeza akan berkumpul esok dan polis meningkatkan kawalan keselamatan bagi menanggani apa-apa pertembungan yang bakal terjadi esok. 

Sebanyak 58 jalan dilencongkan (ditutup) bagi menanggani perhimpunan #BERSIH5 esok.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...