Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 November 2016

"Balik La Woi, Monyet, Monyet" Kata Pendemo #Merah Kepada #BERSIH5 - Provokasi #GerakanMerah Dihalang Polis.

Dilaporkan terdapat beberapa aksi provokasi yang dicetuskan oleh pendemo #Merah di beberapa lokasi perhimpunan. 

Sebelum ini netizens tertanya-tanya kenapa sebilangan pendemo #Merah membawa kayu, batang buluh dan menutup muka.




Tindak-tanduk yang mencurigakan itu menimbulkan persoalan namun setakat ini belum ada laporan yang mengatakan pendemo #Merah telah menyerang pendemo #BERSIH5 menggunakan kayu ataupun batang buluh.

Rakaman ini diperolehi dari wartawan The Malay Mail yang berada di lokasi ; (klik sini jika video gagal load)



Dalam video tersebut menunjukkan sekumpulan pendemo #Merah yang cuba mencetuskan provokasi dan ketegangan apabila menghampiri sekumpulan pendemo #BERSIH5 yang berada di arah bertentangan.

Mereka kemudiannya segera di halang oleh sekumpulan pasukan polis yang cuba meleraikan pergaduhan.

Dilaporkan juga ada individu dari kumpulan #Merah ditahan polis dengan niat mencetuskan kekacauan.

Jika kita perhatikan dari video ini, jelas la bahawanya #Merah dengan lagak samseng cuba mencari pasal apabila menyerbu ke arah penyokong2 #BERSIH5.

Nasib baik dihalang oleh polis.

Dalam pada itu, perkembangan terbaru BERSIH5, Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin dilaporkan telah berada di lokasi perhimpunan.



Mengikut anggaran Malaysiakini, setakat jam 2.30 petang, 16,000 pendemo BERSIH5 telah keluar manakala jumlah pendemo Merah pula ialah 6,000. Mahathir dilaporkan memuji jumlah kehadiran pendemo BERSIH5 yang ramai dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang menutup jalan bagi menghalang perhimpunan.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...