Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Oktober 2016

Ini Kaitan UMNO & Samseng Gerakan Merah - Jawapan Kepada Noh Omar.

Jangan tipu-tipu.

Berani buat, berani tanggung, berani mengaku.

Jangan dolak-dalik.
Seolah2 orang neh macam bodoh sangat.
Taktau apa-apa.

Dua hari lepas.

 

Untuk pengetahuan Noh Omar, bukan kata UMNO Selangor, UMNO tak Selangor pun ada kaitan dengan GERAKAN MERAH.

1. Pada tahun lepas, selepas merasmikan mesyuarat UMNO, Jamal Yunos telah mengumumkan satu demo oleh GERAKAN MERAH akan dilakukan pada bulan Oktober 2015 bagi menyokong kepimpinan Najib Razak. Ini adalah demo GERAKAN MERAH yang sulung. (rujuk).

2. Demo ini dilaporkan secara meluas menerusi portal2 pro kerajaan dan media massa juga. Ia membayangkan demo berkenaan sekufu dengan aspirasi kerajaan.

3. Dalam laporan yang sama juga, demo berkenaan dikatakan dihadiri oleh ramai ahli UMNO dan orang FELDA. 

4. Pada tahun yang sama juga, Najib pernah mengatakan demo gerakan MERAH sebagai aman dan tidak berbaur hasutan. (rujuk & rujuk). Najib ialah PERDANA MENTERI MALAYSIA = UMNO/BARISAN NASIONAL.

5. Bloggers UMNO juga terlalu kerap mempromosikan GERAKAN MERAH. Pada tahun lepas, ianya dilakukan secara konsisten sebelum, semasa dan selepas perhimpunan MERAH selesai. Ini antara buktinya.

6. Perhimpunan Gerakan Merah v.2 yang tertera di baju Jamal ialah bermaksud ia adalah kesinambungan dari perhimpunan Gerakan Merah pada tahun lepas.

Adakah Noh Omar mampu menghadamnya setakat ini? Aku harap maklumat ini tidak terlalu sukar untuk dia memahaminya.

7. Jamal ialah Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar. (bukti)

8. Mohd Imran Tamrin pula ialah AJK Pemuda UMNO Bahagian. (bukti) Imran Tamrin ialah peguam yang membela pendemo2 kumpulan #Merah.


Penyokong2 gerakan Merah ini melakukan kekasaran, keganasan dan mereka dibela secara percuma oleh barisan peguam di atas.

9. Armand Azha pula ialah EXCO PEMUDA UMNO Malaysia. (rujuk & rujuk)

10. Oleh itu secara langsungnya apabila kumpulan Merah ini ialah ahli2 UMNO samada berjawatan mahupun tidak berjawatan, melibatkan diri dalam perhimpunan MERAH, menyokong Najib Razak, menyokong kepimpinan kerajaan, mereka sebenarnya telah membentuk suatu pandangan, iaitu hanya orang UMNO sahaja yang akan menyokong GERAKAN MERAH. Ini berdasarkan kepada individu2 besar yang terlibat dalam PERGERAKAN itu sendiri. Kita tak jumpa cerita orang DAP, PKR, PAS, PAN, MCA, MIC, GERAKAN yang menyokong #Merah. In fact, Ahli Parlimen Teluk Intan, Mah Siew Keong baru je mengkritik pergerakan tersebut.

Noh Omar tak perlu bermuka-muka. Lagi kita menipu lagi orang meluat. Lagi kita berbohong lagi orang cari peluang nak mengkantoikan sandiwara kita.

Hubungan Noh Omar dan Jamal bukan lagi rahsia.

Apa yang perlu dilakukan oleh Noh Omar dan UMNO itu sendiri ialah ;

- Menyeru kepada perhimpunan aman. Nasihati geng2 kamu sendiri. Jika ianya tidak aman dan penuh dengan provokasi, ugutan dan keganasan maka terima aje pandangan masyarakat UMNO itu samseng. Jangan menafikan UMNO tiada kaitan. Masyarakat tak perlukan pengakuan UMNO pun. Ahh memang MERAH itu UMNO. Tidak. Cukup dengan tindakan. Siapa sokong MERAH, siapa yang MERAH sokong, siapa yang terlibat disebalik MERAH, siapa yang promosikan MERAH, siapa yang laporkan keganasan MERAH, TV3 ada lapor secara adil ke, dengan ini kita dah tahu MERAH itu apa dan siapa. Mudah je. Baru2 neh tv3 tak siarkan langsung aksi gerakan MERAH teranjang penyokong #BERSIH5 yang berkonvoi. Itu membuktikan, apa? Noh Omar, please. Kami semua ada sesuatu yang dipanggil otak dan akal. 

- Semasa demo #BERSIH3, BERSIH samada sekali tidak membela individu2 yang melakukan provokasi, keganasan, merosakkan harta awam, menyerang kereta polis, mencederakan orang awam, menyerang anggota polis dan sebagainya. BERSIH kata, polis kau siasat, amek tindakan undang-undang atau apa saja. Itu bidang kuasa kau, BERSIH tidak campur. BERSIH hanya membela mangsa2 teraniaya dan mangsa2 yang menjadi keganasan sahaja. 

- Ini berbeza dengan pemikiran GERAKAN MERAH. Aku tengah tak faham kenapa perlu ada peguam percuma untuk membela penendang manusia. Sebelum ini pun kes curi telefon di Low Yatt ada khidmat guaman ditawarkan untuk membela pencuri. Buzze Azam, peguam pro UMNO. Something is wrong somewhere. 

- Disebabkan tindakan semacam inila, masyarakat memandang ahhhh jadi samseng ialah hero pada mereka sampai dibela ye? 

- Persepsi dan pandangan semacam itu tidak timbul kalau bukan disebabkan tindakan2 yang kita sendiri ambil.

- Sebenarnya himpunan MERAH bebas berdemo, berkempen, menyokong Najib dan UMNO, mengedarkan risalah, mengadakan ceramah, berpolitik setiap masa kerana ini ialah negara demokrasi. Ada yang sokong itu, ada yang sokong ini, kita raikan. Itulah maksudnya demokrasi. Kau bebas lakukan apa sahaja yang kau sukai atau yang kau tidak sukai. Tetapi haruslah dalam rangka undang-undang.

Simple je kan?

Berbanding menafikan UMNO tiada kaitan dengan MERAH, MERAH bukan UMNO etc etc, lebih baik apa2 yang bangang dalam MERAH kau betulkan laju2. Masak kek kau tu, gunakan bahan yang betul supaya rasa dia sedap dan bentuk dia cantik. Tapi ini mungkin sukar kot. Kerana apa2 yang bangang dalam UMNO pun, tak nampak macam kau orang ada usaha nak betulkan juga.

KAHKAHKAHKAHKAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...