Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Ogos 2016

Minta Bantuan Interpol Kes Namewee VS Jho Low 1MDB - Suatu Teguran Ikhlas Kepada PDRM.

Pada 17 November 2015, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyatakan PDRM tidak mendapatkan bantuan Interpol bagi menjejaki ;





1. Taek Jho Low - Billionaire

2. Bekas Pengarah Executive 1MDB iaitu Casey Tang Keng Chee & Jasmine Loo Ai Swan

3. Nik Faisal Aarif Kamil - Bekas Pengarah Urusan (International) SRC

4. Datuk Yusof Anuar Yaakob - Bekas Pengerusi Goldman Sachs Group Malaysia Bahagian Kewangan.

Disebabkan tiada kes siasatan telah dibuka ke atas individu-individu berkenaan oleh PDRM. Oleh kerana itu, Interpol tak dapat menjejaki lokasi terkini bagi kelima-lima individu berkenaan untuk membantu siasatan dalam kes pecah amanah berkaitan satu skandal membabitkan syarikat 1MDB. Turut dinyatakan ialah tiada permohonan dari mana2 pihak meminta bantuan Interpol bagi menjejaki kelima2 individu tersebut.

Itu apa yang pernah dilaporkan oleh The Malay Mail Online.

Dan, pada 24 June 2016, PDRM mengatakan pihaknya akan menyiasat Jho Low jika ada keperluan untuk berbuat demikian. Ini berikutan penyebaran satu dokumen yang disiarkan menerusi portal Sarawak Report. Dokumen itu ialah tentang pengesahan pemilik sebenar syarikat Good Star Limited yang dikaitkan dengan kehilangan jutaan ringgit wang pelaburan 1MDB pada tahun 2009-2010. Pengesahan dilakukan oleh Bank Negara Malaysia namun PDRM mengatakan maklumat tersebut unverified kerana berstatus risikan. Bukan pengesahan sebenar.

Apa yang dimaksudkan oleh polis sebagai maklumat bertaraf 'hasil risikan', tidakla dapat difahami oleh aku secara tepat.

Laporan itu ditulis oleh Malaysiakini.

Dan kisah baru-baru ini ;


Berita di atas ialah tentang penahanan artis rap terkenal Namewee. Ia berikutan tindakan Namewee dan 3 artis Taiwan yang menyanyi di ruang solat masjid di kawasan Tanjung Bungah. Aksi itu bertujuan bagi menghasilkan satu muzik video bagi lagu berkenaan. Lagu tersebut ialah tentang manusia yang meminta tolong dengan berdoa kepada Tuhan. Disamping ada menyelitkan unsur-unsur sindiran terhadap golongan agamawan yang mempergunakan agama bagi melakukan tipu daya. Dalam klip video berkenaan 4 individu mewakili 4 agama iaitu Kristian, Islam, Buddha, Hindu. Namewee pada ketika ini ditahan reman 4 hari bermula semalam.

Polis juga dikatakan mendapatkan bantuan Interpol bagi membantu siasatan. Bantuan Interpol adalah untuk menjejaki tiga lagi penyanyi Taiwan yang terlibat dalam produksi klip video tersebut.

Kes Namewee ini ialah berpunca dari isu kecil yang dipolitikkan oleh beberapa pihak. Apabila ikan racisma bertemu nasi politik ia menjadi makanan yang begitu lazat untuk dihidangkan kepada rakyat yang bersikap assobiyah tak tentu pasal.

Sudah tentu Namewee melakukan kesalahan tetapi ia bukan begitu besar atau perlu dipentingkan sehingga patut direman atau disiasat sampai mendapatkan bantuan Interpol. Namewee hanya menyanyi. Dia tersalah pilih lokasi pengambaraan bagi video klipnya. Tindakan sebetulnya ialah menasihati. Jika nak juga bagi pendidikan maka biarla dia didenda melakukan khidmat masyarakat. Kerana dirinya yang cuai dalam melakukan tindakan boleh saja mencetuskan provokasi kaum yang sejak kebelakangan ini menjadi begitu sensitif di kalangan masyarakat Malaysia.

Muslim kita tidak sensitif sebegini jika perbahasan atas tajuk riba, judi atau rasuah. Tetapi once kau sentuh masjid, agamawan (atas masalah sikap), aurat mereka punya tindakbalas amatlah luar biasa.

Tidak menjadi kesalahan pula menegur tindakan Namewee. Tetapi reaksi yang keterlaluan ini apa perlunya sehingga dikatakan sebagai mengaibkan agama. Hei hoi. Aibkan agama?

AGAIN.

AIBKAN AGAMA? Seriously?

Aibkan bagaimana?

Namewee tidak aibkan agama. Dia cuma telah menyalahgunakan masjid sebagai tempat ibadat kepada pentas nyanyian. Dia fikir ia mungkin perkara biasa. Merakamkan suasana menyanyi dalam masjid. Even ada iklan dalam masjid, ada babak lakonan dalam masjid, ada babak video klip nasyid dalam masjid, since lagunya related tentang Tuhan, Doa, Agamawan, Penganut maka dia fikir menyanyi dalam masjid somehow kind of related juga dengan lagu neh kan.

Itu je. Reaksi terlampau muslim dalam mengulas tindakan Namewee ialah memang melampau. Seperti pelampau agama. Tak payah tunggu non muslims cakap takut. Even aku yang muslim rasa ketakutan dengan reaksi berlebihan seperti itu.

Pun begitu, penulisan ini bukan mahu membincangkan tentang Namewee. Sebaliknya aku nak focus tentang kecenderungan pihak polis dalam menentukan sesuatu tindakan. Aku sifatkan polis kita telah melakukan pilihan yang salah dalam meletakkan kepentingan satu-satu kes yang mereka siasat.

5 individu yang secara jelasnya ada kaitan direct action dengan pentadbiran 1MDB yang membawa kepada kerugian yang jelas pada masakini, polis tak dapat pula atau mungkin tak mahu memasukkan nama-nama tersebut sebahagian dari senarai saksi yang perlu dipanggil dan disiasat sewajarnya. Tak bermaksud panggil bagi membantu siasatan kita takrifkan mereka sebagai penjenayah. Jika ini dibuat boleh saja mendapatkan Interpol untuk locate mereka semua. Tapi tak buat-buat. Malahan status siasatan kes pecah amanah 1MDB pun mengelirukan umum. Locate, panggil balik dan siasat. Ini sahaja. Kenapa begitu sukar? Paling penting kenapa Jho Low dibiarkan berkeliaran tanpa dipanggil membantu siasatan? Dia ada kaitan direct kot. Link cukup punya banyak didedahkan. Mahu pembuktian yang bagaimana lagi polis kita neh? Nampak??

Dan kes Namewee? Nyanyi-nyanyi, buat klip video terus laju-laju reman siap minta bantuan Interpol lagi. Hello. Kes tersilap nyanyi kat kawasan sensitif VS skandal rasuah, kawan?? Mane lagi penting? Mane yang patut difocuskan tumpuan polis? Mane yang patut mendapatkan reaksi berlebihan? Mane yang patut dijadikan kes dan dapatkan bantuan Interpol?

Kes Namewee atas budi bicara hukum dengan khidmat masyarakat. Sebab dia buat satu action yang boleh lead ke arah provokasi agama & kaum sedangkan ko sedar ko hidup dalam negara berbilang bangsa dan agama. Intolerance lebih kukuh dari tolerance disini. Not good. Bukan sebab dia menyanyi2. Jaga sikit tingkahlaku yang boleh create sentimen umum. Tu saja.

Tapi untuk dakwa, reman & perbesarkan isu macam neh? Low standard. Maaf. Benda boleh lepas dengan sekadar bagi nasihat. Dipolitikkan agaknya, sehabis mungkin bagi tujuan memahat rasa sensitif di jiwa orang muslim kot? Aku belum begitu lemah untuk diperbingaikan sedemikian rupa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...